Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kehilangan warga emas, Rumai Jantin masih jadi tanya
  • WILAYAH

Kehilangan warga emas, Rumai Jantin masih jadi tanya

Utusan Sarawak 1 week ago
MISTERI kehilangan seorang wanita warga emas di kawasan hutan Nanga Buai, Ulu Padeh, Betong sejak 24 September lalu masih belum terjawab. Foto PGO Bomba Sarawak

BETONG: Misteri kehilangan seorang wanita warga emas di kawasan hutan Nanga Buai, Ulu Padeh, Betong sejak 24 September lalu masih belum terjawab selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) masuk hari keempat tanpa sebarang petunjuk baharu.

Mangsa, Rumai Jantin, 75 tahun, dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumah panjang berdekatan. 

Setakat ini, usaha bersepadu yang dijalankan oleh pelbagai agensi termasuk Balai Bomba dan Penyelamat Betong, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta RELA masih gagal menemui mangsa.

MISTERI kehilangan seorang wanita warga emas di kawasan hutan Nanga Buai, Ulu Padeh, Betong sejak 24 September lalu masih belum terjawab. Foto PGO Bomba Sarawak

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pasukan SAR pada hari ini telah menumpukan pencarian di kawasan anak sungai Tebelian serta radius tiga kilometer dari rumah panjang berdekatan. 

Operasi turut difokuskan di kawasan belakang rumah panjang, lokasi di mana beberapa barang milik mangsa sebelum ini ditemui.

Namun begitu, selepas pencarian intensif sejak pagi hingga lewat petang, tiada tanda-tanda baharu ditemui. 

MISTERI kehilangan seorang wanita warga emas di kawasan hutan Nanga Buai, Ulu Padeh, Betong sejak 24 September lalu masih belum terjawab. Foto PGO Bomba Sarawak

Operasi kemudiannya ditangguhkan pada 5.30 petang dan akan disambung semula pada pagi esok.

Setakat ini, kehilangan warga emas tersebut masih menjadi tanda tanya besar kepada penduduk setempat. 

Meskipun kawasan sekitar telah diperiksa berulang kali, misteri ketiadaan mangsa kekal membelenggu pasukan penyelamat serta keluarga mangsa yang masih menanti dengan penuh harapan.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Program Transformasi Usahawan MARA 2025 perkasa komuniti Kampung Endap
Next: 80 pelajar sertai kem kepimpinan pasukan unit beruniform Zon Tengah II di Kanowit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.