Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Keharmonian Sarawak wujudkan ekosistem pembangunan mampan
  • TEMPATAN

Keharmonian Sarawak wujudkan ekosistem pembangunan mampan

Utusan Sarawak 10 hours ago
SUASANA MERIAH… Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Makan Malam Pemimpin dan Ketua Masyarakat Bahagian Limbang 2026 di Dewan Suarah Limbang.

LIMBANG: Keharmonian dalam kalangan masyarakat Sarawak yang hidup di bawah satu bumbung jelas terserlah apabila setiap kaum turut merasai kesan sekiranya mana-mana pihak disakiti.

Kepentingan masyarakat berbilang kaum, latar belakang dan agama sentiasa dipelihara demi kesejahteraan bersama tanpa menafikan peranan agama masing-masing.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menegaskan kepentingan memelihara perpaduan kaum dan keharmonian agama di negeri ini agar segala usaha pembangunan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Menurut beliau, usaha tersebut merupakan legasi kepimpinan terdahulu yang diteruskan hingga kini melalui dasar yang mengambil kira kepentingan semua lapisan masyarakat.

“Sebab itulah, apabila orang datang ke Sarawak, mereka berasa selesa. Malah ada negeri lain yang menjadikan dasar pembangunan Sarawak sebagai contoh, khususnya dalam mewujudkan masyarakat harmoni sebagai satu keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Pemimpin dan Ketua Masyarakat Bahagian Limbang 2026 di Dewan Suarah Limbang, malam ini.

SUASANA MERIAH… Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Makan Malam Pemimpin dan Ketua Masyarakat Bahagian Limbang 2026 di Dewan Suarah Limbang.

Mengulas lanjut, beliau berkata struktur ekonomi dan pembangunan terancang merupakan hasil usaha berterusan kepimpinan negeri sejak dahulu hingga kini, demi masa depan Sarawak.

Menyentuh isu semasa, beliau menjelaskan Sarawak telah menjadi pelopor dalam penggunaan tenaga hidro dan hidrogen yang lebih murah berbanding diesel, khususnya ketika berlakunya krisis di Asia Barat.

Katanya, Sarawak memiliki bekalan tenaga yang mencukupi untuk merancakkan pembangunan ekonomi negeri.

Dalam pada itu, perhubungan antara daerah terus dipertingkatkan melalui pembangunan rangkaian jalan darat dari Lawas merentasi kawasan Gunung Mulu dan Gunung Buda hingga ke Miri.

Usaha ini bukan sahaja membuka peluang ekonomi, malah memastikan seluruh Sarawak dihubungkan dengan jaringan jalan raya yang lebih baik demi manfaat rakyat.

Sehubungan itu, beliau menggesa pemimpin akar umbi agar memahami dasar kerajaan dan menyampaikannya kepada masyarakat setempat.

“Dalam keadaan ekonomi Sarawak yang kukuh, perkhidmatan ketua masyarakat dan ketua kaum turut diperkasakan melalui pemberian elaun tambahan kerana peranan mereka semakin mencabar dalam menyampaikan dasar kerajaan kepada rakyat.

“Jagalah negeri kita dengan penuh keikhlasan. Kita mahu Sarawak terus kukuh agar dapat menyumbang kepada kekuatan Malaysia,” katanya.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof; Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Setiausaha Kerajaan Sarawak merangkap Pengerusi Pengelola Sarawakku Sayang 2026, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki; barisan menteri, timbalan menteri, ketua jabatan serta ketua masyarakat dan ketua kaum.

Oleh Adeng Edrus

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: 110 penjawat awam Limbang terima Pingat Perkhidmatan Setia
Next: Premier Sarawak akan umum bantuan kepada rakyat minggu depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.