Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Keharmonian, kestabilan dan kecekapan adalah tagline kejayaan Sarawak
  • Tengah
  • WILAYAH

Keharmonian, kestabilan dan kecekapan adalah tagline kejayaan Sarawak

Utusan Sarawak 6 hours ago
ADUN Semop, Datuk Abdullah Saidol bergambar bersama warga SJKC Ming Shing. 

BINTANGOR: “Setiap perayaan sama ada berkaitan dengan adat atau acara keagamaan mesti dihormati dan kemeriahan diraikan dengan semangat kekitaan,” kata Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol.

Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop berkata demikian dalam dua majlis berasingan perjumpaan ringkas bersama ketua masyarakat, wakil pertubuhan dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), semalam.

Menurutnya, perjumpaan tersebut bertujuan menyampaikan sumbangan Dana Projek Khas (DPK) berjumlah keseluruhan RM166,000 kepada tujuh penerima.

 ANTARA penerima dana aktiviti sosial yang bergambar bersama  Datuk Abdullah Saidol, semalam.

“Keamanan dan perpaduan kaum bukan sekadar ‘hiasan’ sosial, tetapi merupakan tulang belakang yang membolehkan sesebuah negara maju ke hadapan.

“Tanpa kestabilan, sebarang perancangan ekonomi atau pembangunan infrastruktur akan menjadi rapuh.

“Modenisasi tanpa perpaduan adalah ibarat membina bangunan pencakar langit di atas tanah yang berpasir, ia nampak hebat, tetapi berisiko runtuh pada bila-bila masa,” tegasnya.

Dalam majlis di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ming Shing, beliau turut menyampaikan sumbangan cenderamata kepada warga kerja, pendidik serta murid-murid sekolah sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC).

Pada perjumpaan ringkas tersebut, Abdullah merakamkan penghargaan kepada guru-guru atas pengorbanan mereka bertugas di kawasan pedalaman. 

Beliau juga memohon agar anak-anak murid dididik tentang nilai persahabatan serta pergaulan positif antara pelbagai kaum supaya mereka membesar dengan mentaliti membenci unsur-unsur perkauman dan berburuk sangka.

Bagi sumbangan dana aktiviti sosial, penerima terdiri daripada PIBG SJKC Ming Shing (RM3,000), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Komuniti Cina Sungai Sian (RM3,000), Majlis Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Komuniti Melayu Bintangor (RM30,000), SABERKAS Meradong (RM10,000) dan Persatuan Kebajikan Anak Asal Bintangor (RM5,000).

“Bagi tujuan pelaksanaan projek kecil dalam kampung, JKKK Kampung Bintangor Zon 1 menerima RM65,000 dan JKKK Kampung Muhibbah menerima RM50,000.

“Dana tersebut adalah untuk menaik taraf dan membaiki jeti dan jalan dalam kampung,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sarawak tekad jadi pengeksport bersih makanan menjelang 2030
Next: Tiga projek program mesra rakyat perkasa infrastruktur luar bandar Parlimen Sarikei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.