Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Keharmonian berbilang agama asas perpaduan masyarakat
  • Tengah
  • WILAYAH

Keharmonian berbilang agama asas perpaduan masyarakat

Utusan Sarawak 6 hours ago
MERIAH… Dato Rolland Duat bersama komuniti setempat pada majlis makan malam komuniti Ulu Entaih. Foto Facebook Dato Rolland Duat

JULAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan, Dato Rolland Duat Jubin menegaskan bahawa perayaan berasaskan agama merupakan platform terbaik untuk menyatupadukan rakyat.

Katanya, ia juga adalah platform sesuai memelihara keharmonian masyarakat berbilang kepercayaan di kawasan luar bandar.

“Perayaan berasaskan agama mampu menjadi platform terbaik untuk menyatupadukan rakyat. 

“Keharmonian antara penganut agama perlu terus dipelihara di samping saling menghormati kepercayaan agama lain di negara ini,” katanya.

MAKAN MALAM… Antara komuniti setempat yang hadir di Dewan Terbuka Dato Rolland Duat Jubin. Foto Facebook Dato Rolland Duat

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis makan malam komuniti Ulu Entaih sempena PraKrismas 2025 yang berlangsung di Dewan Terbuka Dato Rolland Duat Jubin di Ulu Entaih, baru-baru ini.

Lebih 1,000 penduduk dari kawasan Ulu Entaih dan Ulu Entabai telah menghadiri majlis tersebut.

Tambahnya, kehadiran penduduk daripada pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira usia dan latar agama jelas membuktikan nilai persefahaman serta perpaduan dapat dipupuk melalui ajaran agama yang baik dan interaksi sosial yang positif.

“Saya berharap agar suasana harmoni dan semangat muhibah yang ditonjolkan menerusi majlis ini dapat dikekalkan secara berterusan.

“Semua pihak termasuk gereja, komuniti, ketua-ketua kaum dan rakyat perlu terus memainkan peranan masing-masing dan berganding bahu dalam memastikan keharmonian masyarakat sentiasa terpelihara,” katanya.

Turut hadir Setiausaha Politik Premier Sarawak, Brian Fung.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kesedaran pencegahan kebakaran diperkasa di rumah panjang
Next: 20 topi keledar diedar kepada penunggang motosikal di Sarikei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.