Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kehadiran Watson Nyabek beri inspirasi kepada pelajar SK Berayang
  • WILAYAH

Kehadiran Watson Nyabek beri inspirasi kepada pelajar SK Berayang

Utusan Sarawak 9 months ago
FRIDAY merasmikan program Little Athletics Program Hari Bersama Ikon Sukan Negara di SK Berayang yang dihadiri oleh Watson Nyambek (duduk depan, dua kanan).

ROBAN: Guru dan pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Berayang dekat sini teruja dengan kehadiran bekas jaguh pecut negara, Watson Nyambek ke sekolah tersebut, semalam.

Watson mencipta fenomena luar biasa dengan menjadi manusia terpantas di Malaysia, malah digeruni di rantau Asia sekitar 1990-an yang beraksi di Sukan SEA, Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik.

Selama 18 tahun, rekod 10.30 saat dipegang atlet yang terkenal dengan gelaran ‘The Flying Dayak’ itu tidak terusik sebelum dipecah Khairul Hafiz Jantan pada SUKMA Sarawak 2016.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik kehadiran Watson diharapkan dapat memberikan galakan, motivasi serta inspirasi kepada anak-anak untuk bergiat aktif dalam sukan yang diceburi.

“Tidak mustahil satu hari nanti ada diantara anak-anak di kawasan Krian ini akan menjadi jaguh sukan yang mampu melangkah ke peringkat tertinggi seperti Sukan Olimpik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Little Athletics Program Hari Bersama Ikon Sukan Negara di SK Berayang, semalam.

Friday berkata dalam usaha menyemarakkan arena sukan negara, sekolah dikenal pasti sebagai tapak permulaan terbaik untuk mencungkil bakat dan melatih anak-anak muda menjadi atlet yang disegani.

Beliau berharap penganjuran program itu satu pendekatan dalam memperkenalkan sukan kepada kanak-kanak di sekolah bagi mengembalikan kegemilangan arena sukan di Sarawak dan Malaysia amnya.

“Warga SK Berayang ini cukup bertuah kerana menerima kehadiran seorang ikon negara bekas jaguh pecut yang pernah mengharumkan nama negara pada satu ketika dahulu,” katanya.

Friday berkata, pelajar boleh menjadikan sukan sebagai satu kerjaya pada masa depan kerana bidang tersebut mampu memberi pendapatan lumayan kepada mereka bergelar atlet bertaraf profesional.

Beliau mahu pelajar menjadikan Watson Nyambek sebagai idola mereka untuk terus maju dalam menceburi bidang sukan, kerana Watson biarpun sudah tidak menjadi atlet lagi, terus menabur bakti kepada sukan di Sarawak sebagai jurulatih olahraga di Majlis Sukan Negara (MSN) Miri.

Continue Reading

Previous: Bomba Sibu bersiap siaga hadapi hujan lebat, ribut petir
Next: Karnival Krismas Sibu 2024: Arena of Dreams 2024 ‘buru’ bakat baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.