Kehadiran biawak kejutkan pekerja kedai perkakas

Facebook
WhatsApp
Anggota APM bersama anak biawak yang berjaya ditangkap di hadapan sebuah kedai perkakas di bandar Limbang.

LIMBANG: Beberapa pekerja kedai perkakas di bandar ini panik dan dikejutkan dengan kehadiran seekor anak biawak di hadapan kedai mereka dalam kejadian pada petang semalam.

Sebaik menyedari kehadiran biawak berkenaan, seorang pekerja wanita kemudiannya bertindak menghubungi anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Limbang untuk bantuan menangkap haiwan berkenaan. 

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang Kapten  (PA) Bonnie  Madisun berkata sepasukan anggotanya diketuai  Lan Koperal (PA) Amirul  Matusin bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan jam 5.59 petang.

“Anak biawak kemudiannya berjaya ditangkap dengan kaedah menjerut dan tiada sebarang kecederaan berlaku,”katanya kepada media hari ini.

Jelasnya operasi menangkap biawak berkenaan dilakukan kurang lima minit.

Oleh ADENG EDRUS