Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kehadiran Baby Shima meriahkan pembukaan sebuah restoran di Bintulu
  • WILAYAH

Kehadiran Baby Shima meriahkan pembukaan sebuah restoran di Bintulu

Utusan Sarawak 4 months ago

PEMINAT.... Baby Shima bergambar bersama peminat selepas persembahan di pembukaan rasmi Restoran Ketumbar, SK One Garden City, Bintulu.

BINTULU: Pembukaan rasmi Restoran Ketumbar di SK One Garden City di sini malam tadi menjadi lebih meriah dengan kehadiran penyanyi popular, Baby Shima yang menghiburkan tetamu dengan persembahan bertenaga.

Acara itu menarik perhatian ramai pengunjung, sama ada penduduk tempatan mahupun orang luar.

Persembahan Baby Shima dimulakan sekitar jam 8 malam, dengan membawakan beberapa lagu hits seperti Bujang Sarawak dan Biar Bekikis Bulu Betis.

Beliau turut berinteraksi mesra dengan peminat yang hadir, dan suasana di restoran semakin meriah dengan sorakan dan tepukan gemuruh.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana orang Bintulu masih datang untuk memberi sokongan.

“Saya sebenarnya takut ada yang tidak datang, tetapi syukur semuanya berjalan dengan lancar,” katanya ketika ditemui Utusan Sarawak selepas persembahan.

Acara yang diserikan dengan pertunjukan bunga api semasa perasmian itu turut memberikan pengalaman istimewa kepada pengunjung yang hadir.

Tidak hanya menikmati hidangan, beberapa pengunjung turut berpeluang bergambar bersama Baby Shima, menjadikan majlis lebih bermakna.

Ketika ditanya mengenai kes seorang lelaki yang mengeluarkan kata-kata berunsur ugutan terhadap dirinya di media sosial, Baby Shima berkata, segala urusan tersebut diserahkan kepada pihak berwajib.

“Berkenaan dengan lelaki tersebut, kesnya telah dibawa ke mahkamah dan pihak polis telah mengambil tindakan sewajarnya.

“Saya serahkan sepenuhnya kepada pihak berwajib untuk urusan selanjutnya,” katanya.

Untuk rekod, lelaki terbabit mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Sibu semalam atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap Baby Shima, 30 Disember lalu.

Dia dijatuhkan hukuman denda RM4,000 atau penjara dua bulan. Tertuduh yang tidak diwakili peguam, dibebaskan setelah membayar denda tersebut.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Lampu glob di Dewan Suarah Bintulu rosak, kabel kena curi
Next: Lawatan sambil belajar ke balai bomba 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.