Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kehadiran Alexander-Arnold di Madrid mula beri impak
  • SUKAN

Kehadiran Alexander-Arnold di Madrid mula beri impak

Utusan Sarawak 2 days ago

Percaturan Real Madrid untuk membawa masuk pertahanan Trent Alexander-Arnold (kanan) mula beri impak. Foto AFP

EAST RUTHERFORD: Amerika Syarikat: Percaturan Real Madrid untuk membawa masuk pertahanan Trent Alexander-Arnold lebih awal dari Liverpool bagi menyertai Piala Dunia Kelab ternyata mula membuahkan hasil menjelang pertemuan suku akhir menentang Borussia Dortmund pada awal pagi Ahad ini.

Pemain antarabangsa England itu mencipta gol tunggal perlawanan yang dijaringkan Gonzalo García ketika pasukan kendalian Xabi Alonso menewaskan gergasi Itali, Juventus, 1-0 dalam pusingan 16 terbaik.

Dengan Alonso beralih kepada formasi tiga pertahanan sebaik sahaja beliau memiliki pemain sesuai, Alexander-Arnold meraih manfaat apabila ditugaskan sebagai sayap kanan dalam dua perlawanan terakhir mereka dan posisi itu dijangka kekal menjadi miliknya ketika menentang kelab Jerman itu di Stadium MetLife, New Jersey.

Hantaran silang melambung Alexander-Arnold untuk jaringan Gonzalo menentang Juventus adalah contoh tepat keupayaan menyerangnya, faktor utama Madrid berusaha mendapatkannya.

Dia sepatutnya sudah mencatat lebih banyak bantuan gol,” kata penjaga gol Los Blancos, Thibaut Courtois.

“Dalam latihan, dia sangat menyusahkan untuk dijaga. Sepakan penjuru dia berada di tahap lain. Saya tak pernah lihat pemain seperti dia dengan kualiti seperti itu. Sebagai penjaga gol, ia satu mimpi ngeri, tetapi secara tidak langsung ia akan menjadikan saya lebih baik.”

Kapten Madrid, Dani Carvajal, kini kembali daripada kecederaan jangka panjang tetapi mungkin akan digunakan lebih sebagai pemain tengah pertahanan berbanding sayap kanan selepas ketibaan Alexander-Arnold.

Los Blancos dilaporkan membayar sehingga 10 juta euro untuk menandatangani pemain berusia 26 tahun itu sebulan sebelum kontraknya di Liverpool tamat. 

Namun, mereka kini memperoleh kira-kira 54 juta euro dengan mara ke suku akhir Piala Dunia Kelab.

Setelah bergelut di posisi bek kanan ketika seri 1-1 menentang Al Hilal pada perlawanan pembukaan Madrid, Alexander-Arnold menunjukkan peningkatan berterusan.

Selain menewaskan Dortmund dalam final Liga Juara-Juara 2024, Madrid juga bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk membelasah mereka 5-2 dalam peringkat kumpulan musim ini. 

Namun, kedua-dua pasukan banyak berubah sejak itu.

Mereka kini memiliki jurulatih baharu, Alonso yang baru tiba dari Bayer Leverkusen dan Niko Kovac di Dortmund, yang melakukan kerja cemerlang sejak menyertai kelab itu pada Januari lalu dan membantu mereka layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

Ketibaan Alexander-Arnold dan Dean Huijsen mengukuhkan pertahanan Madrid, manakala Dortmund pula menandatangani Jobe Bellingham dari Sunderland.

Namun, kad kuning yang diterima Jobe dalam kemenangan 2-1 ke atas Monterrey di pusingan 16 menyebabkan dia digantung untuk perlawanan menentang Madrid sekali gus menafikan peluang untuk bertemu abangnya, Jude Bellingham.

Penyerang Perancis Madrid, Kylian Mbappé, tidak menjaringkan gol dalam kemenangan besar menentang Dortmund pada Oktober lalu ketika dia bergelut dengan keyakinan diri. 

Namun sejak itu, dia kembali menemui prestasi terbaik.

Setelah pulih daripada masalah perut dan masuk sebagai pemain gantian menentang Juventus, Mbappé dijangka akan diturunkan sebagai kesebelasan utama menentang Dortmund dan ingin menambah koleksi 43 golnya musim ini.

Bekas bintang Paris Saint-Germain itu juga berkemungkinan bertemu bekas kelabnya di separuh akhir sekiranya kedua-dua pasukan mara.

Dia mungkin akan menggantikan Gonzalo walaupun pemain berusia 21 tahun itu menjaringkan tiga gol dalam kejohanan ini.

“Ia sukar untuk digambarkan,” kata Gonzalo yang Alonso bandingkan dengan legenda Madrid, Raúl sambil mengatakan Gonzalo memiliki beberapa kualiti yang serupa.

“Saya nampak bola yang sangat cantik dari Trent, saya nampak Rudiger tak dapat menyambutnya dan saya berkata kepada diri saya, ‘ini peluang saya!'” tambahnya, merujuk kepada jaringannya ke atas Juventus.

Alonso yang sebelum ini melatih Bayer Leverkusen, kini bakal berdepan bekas musuh Bundesliga-nya, Dortmund.

“Kami kenal dia dengan sangat baik, dia pernah bekerja dua setengah tahun di Jerman dan melakukan tugas yang hebat,” kata Kovac.

“Kini dia sedang melaksanakan semula segala yang dia terapkan di Leverkusen, tetapi kali ini bersama pemain berbeza di Real Madrid.

“Kami menantikan perlawanan ini, tetapi seperti biasa, anda perlu bermain 90 minit. Jika kami ulang semula prestasi seperti ketika menentang Monterrey, saya yakin kami mempunyai peluang yang baik.”  – AFP

Continue Reading

Previous: Terus kekalkan momentum, buru gelaran dunia – Rexy
Next: Sarawak sedia gegarkan SUPJA 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.