Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Kegiatan curi elektrik bagi perlombongan kripto tumpas di Miri
  • JENAYAH

Kegiatan curi elektrik bagi perlombongan kripto tumpas di Miri

Utusan Sarawak 15 hours ago
DITEMUI… Kabel sambungan terus yang ditemui dalam rumah berkenaan hasil pemeriksaan pasukan SESCO. Foto Sarawak Energy Berhad

MIRI: Kegiatan curi elektrik di rumah sewa berkembar dua tingkat di Jalan Besi Pujut dikesan selepas siasatan dijalankan berdasarkan aduan diterima daripada orang awam.

Syarikat SESCO Berhad (SESCO) bertindak pantas terhadap aduan tersebut dan berjaya mengesan sambungan elektrik haram yang dibuat menggunakan kabel terus.

Pada operasi berkenaan, tujuh unit pelayan perlombongan mata wang kripto yang tidak aktif turut dirampas dari premis berkenaan.

Peralatan terbabit turut disita dengan kehadiran pemberi maklumat yang bertindak sebagai saksi manakala laporan polis telah dibuat. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 33(5) Ordinan Elektrik yang membawa hukuman denda sehingga RM200,000 atau penjara lima tahun jika sabit kesalahan.

RAMPASAN… Peralatan perlombongan kripto dan kelengkapan lain yang dirampas hasil operasi SESCO di Miri. Foto Sarawak Energy Berhad

Menurut SESCO, kegiatan curi elektrik itu dianggarkan menyebabkan kerugian sekitar RM3,100 sebulan, selain membahayakan keselamatan kerana sambungan tidak sah berisiko tinggi mengakibatkan renjatan elektrik, kebakaran dan kerosakan harta berdekatan.

Sarawak Energy Berhad dalam kenyataan turut menegaskan peningkatan trend penggunaan elektrik secara tidak sah oleh pelombong kripto untuk menjimatkan kos berikutan kenaikan harga mata wang digital.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan lebih peka terhadap aktiviti mencurigakan termasuk penggunaan elektrik berlebihan, meter yang diusik atau bilik yang dilengkapi sistem pendingin sentiasa beroperasi.

KECURIAN… Anggota operasi SESCO memeriksa rumah di Jalan Besi Pujut, Miri, selepas menerima maklumat awam berhubung kegiatan curi elektrik. Foto Sarawak Energy Berhad

Pemilik rumah yang menyewakan premis juga diingatkan supaya mengemas kini nama akaun elektrik serta memantau kegiatan penyewa bagi mengelakkan masalah perundangan.

Orang ramai boleh menyalurkan maklumat berkaitan kepada Pusat Khidmat Pelanggan Sarawak Energy Berhad di talian 1300-88-3111 atau melalui e-melĀ customercare@sarawakenergy.com.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Sarawak PGA nets RM5.9 million in contraband, smuggling and immigration raids
Next: Two suspects arrested over Kanowit shooting incident

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.