Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kefahaman inisiatif kementerian penting tingkatkan penyampaian perkhidmatan
  • TEMPATAN

Kefahaman inisiatif kementerian penting tingkatkan penyampaian perkhidmatan

Utusan Sarawak 5 hours ago
UCAPAN…Dato Sri Fatimah Abdullah berucap pada sesi Townhall KPWK yang berlangsung di PUSTAKA Sarawak, hari ini. Foto Norman B

PETRA JAYA: Peranan petugas barisan hadapan amat penting dalam membantu masyarakat mengakses pelbagai bantuan dan perkhidmatan yang disediakan kerajaan, khususnya ketika kementerian memperluas penggunaan sistem digital dalam urusan permohonan.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, masih terdapat sebahagian masyarakat terutama penduduk di kawasan pedalaman serta warga emas yang berdepan kesukaran untuk mendapat capaian perkhidmatan secara dalam talian.

Menurut beliau, golongan tersebut memerlukan bantuan secara langsung agar mereka tidak tercicir daripada menikmati kemudahan serta inisiatif yang disediakan oleh kerajaan.

RAKAM KENANGAN…Dato Sri Fatimah Abdullah bersama tetamu kehormat yang lain serta penerima bantuan kepada lapan penerima yang layak melibatkan beberapa inisiatif kementerian seperti Bantuan Ibu Bersalin, Bantuan Perubatan, Ketua Isi Rumah Wanita Sarawak serta Geran Model Pemerkasaan Wanita Sarawak merakam gambar kenangan pada sesi Townhall KPWK yang berlangsung di PUSTAKA Sarawak, Petra Jaya, hari ini. Foto Norman B

Sehubungan itu, katanya, petugas barisan hadapan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) perlu meningkatkan kefahaman terhadap pelbagai inisiatif kementerian bagi memastikan penyampaian bantuan kepada masyarakat dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Tambahnya, petugas barisan hadapan sering berhadapan dengan pelbagai pertanyaan daripada orang ramai, justeru mereka perlu bersedia memberikan maklumat yang tepat atau sekurang-kurangnya mengetahui pihak yang boleh dirujuk sekiranya perkara tersebut berada di luar bidang mereka.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi Townhall KPWK yang berlangsung di PUSTAKA Sarawak, hari ini.

Dalam majlis tersebut, Fatimah turut menyampaikan bantuan kepada lapan penerima yang layak melibatkan beberapa inisiatif kementerian seperti Bantuan Ibu Bersalin, Bantuan Perubatan, Ketua Isi Rumah Wanita Sarawak serta Geran Model Pemerkasaan Wanita Sarawak.

Oleh Norman B

Continue Reading

Previous: DAPSY Sarawak gesa SPR jelaskan dokumen persempadanan semula tular
Next: Eksklusif: Persiapan baju raya jadi keutamaan menjelang Aidilfitri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.