Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • STAIL
  • Keenakan udang sepit biru Sepupok
  • STAIL

Keenakan udang sepit biru Sepupok

Utusan Sarawak 5 years ago
ENAK… Seorang tukang masak di Sepupok selesai menyediakan mi udang sepit biru

KEENAKAN rasa isi udang segar yang dimasak dengan pelbagai cara di kawasan luar bandar telah menarik minat orang ramai untuk datang menikmatinya terutama pada hujung minggu.

Di daerah Subis terdapat empat kawasan yang terkenal dengan udang iaitu Bekenu, Batu Niah, Sepupok dan Suai sehingga menjadikan kawasan ini sebagai lokasi sasaran kaki pancing mencari udang sepit biru.

Terdapat banyak lubuk udang yang menarik untuk memancing di Sungai Sibuti, Niah dan Suai. Justeru ia menjadi medan untuk penduduk tempatan melakukan aktiviti memancing dan menjala bagi membantu menambahkan pendapatan.

Kerana keenakan rasa udang sepit biru di sini telah menjadi tumpuan dan rebutan kepada pengusahaan kedai-kedai makan di daerah ini.

Kebiasaannya udang sepit biru ini dijual pada harga RM80 hingga RM100 sekilogram di pasar basah mengikut saiz, namun harganya agak murah sedikit jika dibeli terus daripada pemancing.

Bagi Kapitan Pui Kuan Peng , salah seorang pengusaha kedai makanan di Batu Niah dan Sepupok, biasanya beliau akan menempah awal udang daripada penduduk tempatan.

Katanya, selalunya beliau akan menempah udang dalam kuantiti yang banyak kerana pengunjung semakin ramai ke Batu Niah dan Sepupok yang kini mempunyai beberapa lokasi pelancongan.

Antara lokasi yang sering dikunjungi pengunjung ke kawasan Niah masa kini ialah Air Terjun Giam Klimau, Air Gelongsor Giam Bidai dan Taman Negara Gua Niah.

“Disebabkan Batu Niah dan Sepupok terletak di dalam laluan perjalanan dari Miri dan Bintulu, ramai yang akan singgah di kedai makan untuk bersarapan dan mi udang merupakan pilihan utama.

Kata Kapitan Pui, permintaan biasanya meningkat pada hujung minggu sehingga beliau terpaksa menyediakan lebih seratus kilogram udang sepit biru bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Tambahnya, keenakan udang sepit biru yang biasa menjadi pilihan utama pengunjung telah membuka ruang kepada lebih ramai pengusaha kedai makan untuk beroperasi.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Liz bersih pantai secara solo
Next: Taman Awam Kubu Hose tarikan Marudi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.