Selain adat dan budaya, kuih tradisional masyarakat di negara ini tidak kurang hebatnya diketengahkan ke peringkat antarabangsa yang mana berpotensi menjadi makanan tarikan pelancong malah penggemar kuih tradisional ini sendiri.
Kuih-muih seperti Bongkol, Celorot, Putu Mayang, Penyaram dan sebagainya sering kita saksikan dalam setiap hidangan di dalam majlis keramaian, buka puasa,kenduri, dan juga menjadi salah satu menu jualan di gerai-gerai makan sebagai juadah harian.
Putu Mayang yang merupakan salah satu kuih tradisional di negara ini sinonim dihidang bersama kuahnya.
Meskipun penyediaan Putu Mayang diperbuat daripada bahan seperti tepung beras dan air panas sahaja, namun begitu proses untuk dicalak ke dalam acuan adalah berbeza mengikut cita rasa masing-masing.
Sesudah semua bahan diadun rata ia kemudiannya dimasukkan ke dalam acuan khas, lalu diputar dan kemudian di lingkar menjadi bentuk bulatan dan dikukus dalam beberapa minit.
Cara pembuatannya nampak mudah dan senang namun ia memerlukan kesabaran dan kemahirannya dalam menghasilkannya.
Sementara kuahnya pula secara lazimnya adalah kuah kari dan gula melaka. Untuk bahagian kuah ini ada juga yang gemar putu mayang ini dimakan dengan air pandan iaitu campuran air santan, gula dan pandan sebagai.
Bagi penulis sendiri, putu mayang ini enak di makan semasa suam panas bersama dengan kuah air pandan, ada juga penggemar kuih tradisi ini makan putu mayang bersama dengan gula melaka dan kelapa putih parut.
Walaupun begitu, pada masa kini kita dapat lihat terdapat juga pembuat kuih tradisional ini memvariasikan kuahnya dengan perasa yang lain seperti durian, keladi dan sebagainya.
Rahsia keenakan putu mayang itu terletak pada pembuatan kuahnya yang sememangnya sesuai dengan rasa lemak dan manis.
Oleh JEAKQLEYN YACHO
Sumber dari google