Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kedutaan Malaysia ucap tahniah kepada Premier Sarawak terima Anugerah Tertinggi Jepun
  • TEMPATAN

Kedutaan Malaysia ucap tahniah kepada Premier Sarawak terima Anugerah Tertinggi Jepun

Utusan Sarawak 10 hours ago
Foto UKAS

KUCHING: Kedutaan Malaysia di Jepun telah merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas penganugerahan “The Order of the Rising Sun, Gold and Silver Star.”

Menerusi kenyataan hari ini, kedutaan itu memaklumkan bahawa anugerah itu, yang disampaikan oleh Kerajaan Jepun di Istana Imperial di Tokyo semalam mengiktiraf sumbangan tidak ternilai Abang Johari dalam memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia, khususnya Sarawak, dan Jepun.

Di bawah kepimpinan beliau, Sarawak telah memperkukuh kerjasama dengan syarikat Jepun dalam sektor ekonomi dan tenaga terutama tenaga boleh diperbaharui yang melibatkan hidrogen serta ammonia, menyumbang kepada peralihan tenaga Jepun dan keselamatan tenaga jangka panjang menerusi pembekalan LNG yang stabil.

Kenyataan itu memaklumkan bahawa Abang Johari turut memainkan peranan penting dalam memajukan pemuliharaan hutan serta menyokong kerjasama akademik dan pertukaran belia antara kedua-dua negara.

Susulan majlis penganugerahan itu, Maharaja Naruhito juga berkenan menerima menghadap Premier Sarawak berkenaan sebagai mengiktiraf sumbangan beliau.

Menurut kenyataan itu, Abang Johari adalah antara tiga penerima di bawah kategori bukan rakyat Jepun yang diiktiraf atas usaha luar biasa beliau dalam mempromosikan muhibah antara negara matahari terbit itu dengan negara lain.- Bernama

Continue Reading

Previous: Bintulu Port kendali lebih 80 peratus perdagangan import, eksport Sarawak
Next: DBKU pandang serius tindakan panjat papan tanda jalan, laporan polis akan dibuat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.