Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kedutaan Malaysia nasihat pengembara mengenai kad ketibaan digital Thailand baharu
  • SEMASA

Kedutaan Malaysia nasihat pengembara mengenai kad ketibaan digital Thailand baharu

Utusan Sarawak 4 weeks ago
KUASA Usaha Sementara Malaysia ke Thailand Bong Yik Jui.

BANGKOK: Kedutaan Malaysia di Thailand menasihatkan rakyat Malaysia yang merancang untuk melawat negara itu selepas 1 Mei untuk melengkapkan Kad Ketibaan Digital Thailand (TDAC) secara dalam talian sekurang-kurangnya tiga hari sebelum ketibaan mereka.

Kuasa Usaha Sementara Malaysia ke Thailand Bong Yik Jui berkata sistem TDAC akan mula menerima penyerahan pada 28 April, untuk menampung pengembara yang tiba pada tarikh pelancarannya.

“Pengembara diingatkan bahawa TDAC mesti diserahkan tiga hari sebelum ketibaan mereka di Thailand, termasuk tarikh ketibaan. Sebagai contoh, mereka yang tiba pada 5 Mei, boleh mula menyerahkan TDAC mereka pada 2 Mei,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Beliau berkata pengembara Malaysia perlu mengemukakan TDAC mereka melalui laman web rasmi Biro Imigresen di tdac.immigration.go.th.

Bagi mereka yang menghadapi kesukaran, Bong memberi jaminan bahawa bantuan akan tersedia di tempat masuk.

“Pengembara yang tidak dapat melengkapkan TDAC sebelum ketibaan atau kekurangan akses Internet di pusat pemeriksaan imigresen akan dibantu di pusat bantuan yang ditetapkan,” katanya.

Sistem TDAC, yang akan menggantikan borang imigresen TM6, dibangunkan untuk menyelaraskan prosedur kemasukan menggunakan teknologi perjalanan pintar yang moden, selamat dan cekap. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Peserta Brunei syukur perjalanan ke Sibu kini lebih singkat
Next: KPWKM, PDRM bekerjasama dapatkan maklumat kes rogol, sumbang mahram di Kelantan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.