RIO DE JANEIRO: Polis Brazil menyerbu kediaman rasmi gabenor Rio de Janerio, bagi siasatan terhadap dakwaan menggelapkan dana bagi pembinaan hospital untuk pesakit Covid-19.
Gabenor Wilson Witzel, bagaimanapun, menyelar tindakan itu sebagai “dakwaan politik” oleh kerajaan Presiden Jair Bolsonaro.
Polis persekutuan turut bekas kediaman Witzel dan beberapa individu lain di Rio de Janeiro dan Sao Paulo, kerana disyaki terbabit dalam “rangkaian korup”…menggelapkan dana awam yang diperuntukkan bagi menangani kecemasan kesihatan awam akibat Covid-19.
Salah satu daripada sembilan hospital yang seharusnya dibina bagi mengelakkan berlakunya keruntuhan terhadap sistem kesihatan Rio, hanya tiga hospital berjaya disiapkan, setakat ini.
Witzel bagaimanapun menafikan sebarang salah laku berkenaan.
Sebelum ini, Witzel dilaporkan tidak sependapat dengan Bolsonaro, termasuk keengganan presiden untuk melaksanakan langkah tinggal di rumah yang dilakukannya.
Sementara itu, Bolsonaro, dilihat cuba tidak memperbesarkan virus itu, selain sering menghentam polisi tinggal di rumah yang dilaksanakan kerajaan negeri, dengan alasan ia menjejaskan ekonomi.
Witzel dalam sidang media, berkata, apa yang berlaku kepadanya akan turut terjadi kepada gabenor lain yang dianggap sebagai musuh.
Negara yang mempunyai populasi seramai 210 juta penduduk, kini adalah negara kedua terbesar terkena jangkitan selepas Amerika Syarikat, dengan kematian lebih 23,000 akibat Covid-19. – AFP