Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kedai dibuka, diserbu orang ramai
  • TEMPATAN

Kedai dibuka, diserbu orang ramai

Utusan Sarawak 5 years ago

CHERYL LAW

KUCHING: Semua kedai perkakasan rumah, kedai menjual alat tukar ganti dan kedai input pertanian yang dibenarkan beroperasi dua kali seminggu pada hari Selasa dan Khamis bermula 7.00 pagi hingga 7.00 petang menyaksikan kedai-kedai tesebut dipenuhi orang ramai sejak awal pagi.

Tinjauan Utusan Sarawak mendapati, orang ramai dilihat berbaris panjang di hadapan kedai berkenaan sejak awal pagi bagi membeli barang di kedai berkenaan.

Para pekerja dan orang ramai dilihat menggunakan penutup hidung dan mulut serta mengekalkan jarak antara satu sama lain sejauh satu meter.

Seorang pemilik kedai membaiki kenderaan, Simon Tan berkata, saya baru buka kedai hari ini, jadi belum pasti perniagaan akan bagus atau tidak.

“Pelanggan tetap mungkin akan datang untuk membaiki kenderaan mereka tetapi ramai orang yang takut untuk keluar datang sini pada masa sekarang,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, ia adalah bagus dapat beroperasi pada Selasa dan Khamis daripada tidak dapat beroperasi.

“Ini kerana pekerja perlu dibayar gaji jadi mereka perlu bekerja. Selain itu, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan semua sewa  juga mesti dibayar juga walaupun tak dapat beroperasi.

“Kalau beroperasi pun tidak ada pelanggan datang sebab Covid-19 semakin serius sekarang tetapi terpaksa beroperasi juga. Sementara itu, kalau tidak beroperasi lebih selamat dan kalau beroperasi lebih bahaya. Ini kerana kita tidak tahu siapa yang dijangkiti,” jelasnya.

Ujarnya, saya berharap negara akan kembali pulih dan wabak Covid-19 akan dapat dikekang.

Seorang pemandu, Alex Lo, 44, berkata saya bersetuju kedai hardware dibuka pada hari selasa dan khamis sebab  ini memudah kita untuk  membeli barang keperluan.

“Berapa minggu yang lepas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumum, saya sukar untuk mendapatkan bahan mentah untuk pembinaan rumah.  Oleh itu, saya terpaksa tangguh pembinaan rumah,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, saya berterima kasih kepada kerajaan telah membenar kedai hardware dibuka, walaupun untuk dua kali dalam seminggu. Memang kerajaan mengambil berat perniaga untuk mengelak mereka mengalami kerugian diwaktu sukar ini.

Lo memberitahu, walaupun kedai hardware dibuka pada Selasa dan Khamis, ia adalah cara salah satu cara untuk mengelak orang ramai dan terlalu ramai orang keluar pada masa PKP untuk membeli barang keperluan makanan dan barang-barang lain.

Continue Reading

Previous: Perlu daftar jika mahu hulur sumbangan
Next: Tiga lelaki ditangkap menyabung ayam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.