
MIRI: Sebuah kedai menjual alat ganti kereta di Jalan Chong Choon di sini terbakar 40 peratus, pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu sekitar 11.47 pagi.
Katanya, seramai tujuh pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Miri Sentral tiba di lokasi, tujuh minit kemudian.
“Sebaik tiba, bomba dapati sebuah bangunan kedai jenis kekal tiga tingkat,kebakaran berlaku di tingkat dua dan terbakar 40 peratus akibat kesan daripada haba dan asap,” katanya dalam satu kenyataan petang tadi.
Kebakaran itu berjaya dikawal dan operasi tamat sepenuhnya pada 1.10 petang.
Punca kebakaran masih dalam siasatan.
Oleh Liong Chai Ling