Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • MH720 mendarat cemas di KLIA
  • NASIONAL

MH720 mendarat cemas di KLIA

Utusan Sarawak 2 months ago

PUTRAJAYA: Penerbangan Malaysia Airlines MH720 dari Jakarta ke Kuala Lumpur yang membawa 114 penumpang selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang tadi selepas mengisytiharkan kecemasan ketika dalam penerbangan.

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Norazman Mahmud mengesahkan kejadian itu ketika dihubungi hari ini, dengan menyatakan terdapat kecemasan dalam penerbangan.

“Tiada kecederaan dilaporkan. Semua penumpang telah keluar dari pesawat dan sedang menunggu bagasi, yang mungkin mengambil sedikit masa. Bagi penumpang yang mempunyai penerbangan sambungan, mereka akan diuruskan bagi perjalanan seterusnya,” katanya tanpa mendedahkan punca kecemasan.

Isyarat kecemasan diterima pada 6.02 petang dan pesawat itu selamat mendarat di landasan 32R KLIA pada 6.17 petang, katanya.

-BERNAMA

Continue Reading

Previous: Utamakan, selesaikan masalah rakyat
Next: Ruang kargo MH720 terbakar?

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.