Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kecederaan Sanchez bimbangkan Inter
  • SUKAN

Kecederaan Sanchez bimbangkan Inter

Utusan Sarawak 5 years ago

Inter Milan's forward Alexis Sanchez takes part in a training session on the eve of the UEFA Europa League quarter-final football match Inter Milan v Bayer 04 Leverkusen at the Duesseldorf Arena on August 9, 2020 in Duesseldorf, western Germany. (Photo by Dean Mouhtaropoulos / POOL / AFP)

ALEXIS SANCHEZ

PENYERANG Inter Milan, Alexis Sanchez boleh terlepas aksi separuh akhir Liga Europa pada hari Selasa menentang Shakhtar Donetsk ketika dia bergelut dengan kecederaan ‘hamstring’.

Penyerang dari Chile yang berusia 31 tahun itu mengalami kecederaan dalam kemenangan 2-1 peringkat suku akhir pasukannya ke atas Bayer Leverkusen di Jerman.

“Sanchez menjalani ujian perubatan pagi ini di Duisburg,” kata Inter dalam satu kenyataan pada hari Rabu.

“Ujian itu mengesahkan bahawa dia mengalami tekanan di ‘hamstring’ kanannya.

“Keadaannya akan terus dinilai semula dalam beberapa hari akan datang.”

Inter menyasarkan kejuaraan pertama mereka dalam kejohanan peringkat kedua Eropah sejak 1998.

Satu lagi perlawanan separuh akhir mempertemukan bekas kelab Sanchez, Manchester United menentang Sevilla, dengan final akan berlangsung pada 22 Ogos di Cologne.

Sanchez mengalami kecederaan dalam musim pertamanya di Inter sejak pertama sekali dipinjamna dari United.

Tetapi dia kembali kuat setelah ‘lockdown’ Covid-19 pada bulan Jun, membantu mengangkat pasukan Antonio Conte ke kedudukan naib juara di belakang Juventus dalam Serie A, dan mengesahkan perpindahan tetap beliau dari kelab Liga Perdana Inggeris itu minggu lalu. – AFP

Continue Reading

Previous: Poulsen sedia ganti Werner
Next: Pertemuan bersejarah Paris SG, Leipzig

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.