PEP Guardiola berkata Manchester City sedang berdepan dengan kecederaan ‘kecemasan’ ketika juara Liga Perdana Inggeris yang cedera itu terkial-kial dalam jadual perlawanan yang padat pada bulan Disember.
Kevin de Bruyne masih belum kembali berlatih kerana bintang tengah City itu pulih daripada Covid-19, manakala Ferran Torres tidak hadir untuk tempoh yang lama kerana kecederaan kaki
Phil Foden dan Jack Grealish juga bergelut dengan kecederaan, walaupun kedua-duanya boleh memain peranan dalam kunjungan City ke Aston Villa pada hari Khamis.
Guardiola juga akan beraksi tanpa Aymeric Laporte yang digantung di Villa Park dan dia percaya City berdepan situasi sukar menjelang Krismas.
“Kami mempunyai kecemasan dalam skuad. Kami mempunyai sedikit, sedikit, sedikit orang,” kata Guardiola kepada pemberita.
“Kami tidak pernah merungut apabila pemain tidak mungkin bermain kerana kecederaan atau kad merah.
“Saya banyak mempercayai skuad ini dan pemain lain yang masuk tetapi kami menghadapi masalah dalam bulan Disember, bulan paling sukar sepanjang tahun.”
Foden juga berharap untuk membuktikan kecergasannya selepas diketepikan dalam kemenangan menentang Paris Saint-Germain dan West Ham minggu lalu.
“Dalam sesi latihan, untuk Jack semalam adalah minit pertamanya bersama pasukan. Untuk Phil juga,” kata Guardiola.
“Hari ini kedua-duanya akan diuji untuk melihat sama ada mereka boleh pergi esok ke Birmingham untuk bermain.
“Kevin masih tidak berlatih. Dia negatif daripada ujian terakhir tetapi dia tidak dapat berlatih.”
Walaupun dengan masalah kecergasan mereka, City hanya ketinggalan satu mata di belakang pendahulu Chelsea dan telah memenangi lima perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan.
Tidak berpuas hati dengan rentak itu, Guardiola menggesa pasukannya untuk menjadi lebih kejam.
“Cara yang kami lakukan setakat ini adalah luar biasa. Kami mempunyai bulan paling yang sukar di hadapan jadi kami perlu meneruskannya,” kata Guardiola.
“Dalam senarai penjaring terbanyak kami tidak berada di sana. Lihat (Liverpool) Mane, Salah dan Jota, berapa banyak mereka menjaringkan gol, kami tidak berada dalam senarai tujuh, lapan atau sembilan terbaik. Kami bertahan dan menyerang sebagai satu pasukan atau kami tidak akan bertahan.”
Pada hari Khamis, pasukan Guardiola akan menentang pasukan Steven Gerrard buat kali pertama sejak bekas kapten Liverpool itu menjadi pengurus dalam Liga Perdana. – AFP