Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kecederaan melecur keutamaan 23 hospital di Sarawak
  • TEMPATAN

Kecederaan melecur keutamaan 23 hospital di Sarawak

Utusan Sarawak 2 years ago

Dr Ngian Hie Ung (tengah) bersama yang lain pada Majlis Perasmian Simposium Pembedahan Plastik Borneo 2023 di sebuah hotel, hari ini.

KUCHING: Kecederaan melecur kekal adalah salah satu kondisi utama yang dirawat oleh pasukan pembedahan plastik di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Pengarah Hospital Umum Sarawak Dr Ngian Hie Ung berkata, dalam hal ini Projek Pendaftaran Melecur Sarawak telah dimulakan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak pada September 2022.

“Projek ini bertujuan membolehkan pengumpulan data standard bagi semua kes lecur yang dirawat di 23 hospital di seluruh Sarawak.

“Data yang diperoleh daripada pendaftaran melecur ini boleh diedarkan dengan betul untuk menyediakan penjagaan yang terbaik untuk mangsa kecederaan melecur,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Simposium Pembedahan Plastik Borneo 2023 di sebuah hotel, hari ini. 

Dalam pada itu, Dr Ngian juga berkata, pada masa ini HUS hanya mempunyai empat pakar pembedahan plastik tetapi perkhidmatan pembedahan plastik semakin meningkat.

“Pada 2022, seramai 1,512 pesakit telah dirawat dan sejumlah 390 pembedahan telah dilakukan oleh pakar pembedahan plastik melawat.” ujarnya.

Turut hadir, Ketua Jabatan Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif Hospital Umum Sarawak Chai Koh Siang, Ketua Jabatan Perkhidmatan Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif Malaysia Salina Ibrahim, Eksekutif Pembangunan Perniagaan Business Events Sarawak Stevenson Racha Ipoi dan Ketua Jururawat Matron Siswanita Main.

Oleh Mohd Neenatul Aizal

Continue Reading

Previous: Influenza H5N1: KKM pantau rapi elak penularan
Next: Batik etnik Dayak jadi pilihan tema tahun ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.