Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kebun sawit lima hektar terbakar di Kampung Kupang Saratok
  • KEBAKARAN

Kebun sawit lima hektar terbakar di Kampung Kupang Saratok

Utusan Sarawak 4 hours ago
KEBAKARAN melibatkan kebun kelapa sawit seluas sekitar lima hektar dilaporkan berlaku di Kampung Kupang, Saratok, pagi tadi. Foto: PGO Bomba Sarawak

SARATOK: Kebakaran melibatkan kebun kelapa sawit seluas sekitar lima hektar dilaporkan berlaku di Kampung Kupang, Saratok, pagi tadi, dengan operasi pemadaman masih giat dijalankan oleh pasukan bomba dan agensi berkaitan.

Menurut kenyataan media Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8.39 pagi.

Sejurus menerima panggilan, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak sekitar 51 kilometer dari balai berkenaan.

Pasukan bomba tiba di lokasi pada 9.30 pagi dan mendapati kebakaran melibatkan kawasan kebun sawit yang luas dengan api sedang marak.

Komander Operasi, Ismail Mirzza Iskandar melaporkan bahawa keseluruhan kawasan terjejas dianggarkan seluas lima hektar, namun setakat ini dua hektar telah berjaya dikawal dan dipadamkan.

Operasi pemadaman dijalankan menggunakan dua aliran sepanjang 600 kaki dengan bantuan pam jenis Ziegler serta sumber air terbuka berhampiran lokasi kejadian.

Seramai tiga anggota bomba bersama sebuah jentera pacuan empat roda terlibat dalam operasi tersebut, dibantu oleh lapan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta kira-kira 30 orang awam.

Setakat ini, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian kebakaran tersebut, namun usaha pemadaman masih diteruskan bagi mengawal baki kebakaran seluas tiga hektar.

Pihak bomba memaklumkan bahawa operasi masih berlangsung dan perkembangan terkini akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Kebakaran enam hektar kebun sawit di Beladin, separuh berjaya dipadam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.