Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • STAIL
  • Kebun nanas rezeki sampingan Awang Futera
  • STAIL

Kebun nanas rezeki sampingan Awang Futera

Utusan Sarawak 4 years ago

????????????????????????????????????

PENGUSAHA NANAS… Awang Futera kini mampu tersenyum kerana mendapat hasil lumayan dari kebun.

Tekad seorang penjawat awam untuk berbudi kepada tanah dengan mengusahakan tanaman nanas ternyata memberi hasil lumayan apabila beliau akhirnya mampu menjana pendapatan ratusan ringgit setiap bulan daripada aktiviti tani ini.

Awang Futera Awang Gapar, 52 kini mampu tersenyum gembira apabila hasil titik peluhnya menanam nanas di atas  tanah seluas empat ekar selama satu tahun setengah membuahkan hasil lumayan.

Awang Futera yang bertugas sebagai  pemandu ambulans di  Unit Pembangunan Kesihatan Keluarga ( RCS ) Pejabat Kesihatan Daerah Marudi baharu pertama kali mengusahakan tanaman itu tetapi mampu mengutip hasil nanas sebanyak RM500 sebulan dengan  hanya menjualnya di tepi jalan setiap hujung minggu.

Katanya hanya hari Sabtu dan hari Ahad beliau serta isteri dan anak-anak berpeluang mengusahakan kebun nanas mereka kerana pada hari lain beliau sibuk bekerja.

“Saya mempunyai 7,000 pokok nanas dan sasaran saya ialah untuk menambah lagi tanaman nanas sehingga 10,000 pokok,” katanya.

Awang Futera berkata, beliau banyak berkongsi ilmu pertanian daripada rakan-rakan yang lain bagi memastikan projek tanaman nanas itu berhasil.

“Syukur alhamdullilah permintaan nanas jenis Madu yang kami usahakan mendapat permintaan tinggi daripada penduduk tempatan,” katanya.

Beliau yang  lebih mesra dipanggil Uteh berkata, nanasnya  dijual pada harga RM5 atau RM6 sebiji dan harganya berubah bergantung kepada pasaran dan saiz buah.

Selain nanas jenis Madu dan nanas Paun,  Awang Futrera turut mengusahakan nanas Sawit dan nanas Sarikei namun masih belum dapat dijual kerana ia belum matang sepenuhnya.

“ Nak kena jadi petani mudah sahaja, kena ada kesabaran, semangat yang tinggi serta sifat rajin kerana bidang ini memerlukan kerahan tenaga supaya tananam dapat diusahakan  sebaik mungkin,” katanya ketika ditemubual Utusan Sarawak di kebun nanas miliknya di Logan Nunga jalan Miri / Marudi.

Kata Awang Futera, antara cabaran mengusahakan tanaman nanas ialah tempoh untuk buah matang mengambil masa yang lama iaitu setahun dan masak secara berperingkat.

Selain itu, sebagai kakitangan awam sepenuh masa, beliau terpaksa  membahagikan masa untuk menguruskan kebun ini.

Beliau bersyukur sejak memilik kebun nanas sendiri, ia dapat menambahkan pendapatan keluarga.

Kata Awang Futera, beliau  mahu membuktikan bahawa bidang pertanian juga mampu memberi pulangan lumayan sesuai dengan cogan kata ‘pertanian adalah perniagaan’.

Oleh JIKU JUGUONG

Continue Reading

Previous: Satu jendela, pelbagai khidmat
Next: MRSM Mukah sasar jadi Sekolah Terbaik Sarawak 2023

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.