Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kebudayaan, kemanusiaan, muzik bersatu di pembukaan WUG 2025
  • SUKAN

Kebudayaan, kemanusiaan, muzik bersatu di pembukaan WUG 2025

Utusan Sarawak 15 hours ago
PEMBUKAAN temasya Sukan Universiti Dunia (WUG) 2025 Rhine-Ruhr berlangsung sederhana namun penuh makna di Schauinsland-Reisen-Arena di sini malam tadi. Foto Bernama

DUISBURG: Upacara pembukaan temasya Sukan Universiti Dunia (WUG) 2025 Rhine-Ruhr berlangsung sederhana namun penuh makna di Schauinsland-Reisen-Arena di sini malam tadi (awal pagi waktu Malaysia).

Tanpa persembahan yang berlebihan atau gimik keterlaluan, acara yang berlangsung kira-kira tiga jam itu membawa penonton menyusuri perjalanan sejarah, perpaduan dan harapan untuk masa depan yang lebih harmoni melalui kekuatan sukan. 

Majlis ini turut diserikan dengan persembahan muzik yang dinamik dan tarian kontemporari, menggabungkan ekspresi seni moden dengan warisan budaya untuk menyemarakkan suasana serta menonjolkan kreativiti generasi muda.

Schauinsland-Reisen-Arena yang ikoni dan merupakan gelanggang utama sukan bola sepak di Duisburg, berubah wajah menjadi pentas kebudayaan sebaik sahaja lebih 1,000 atlet dan pegawai dari 150 negara termasuk Malaysia, berarak memasuki stadium.

KONTINJEN Malaysia pada pembukaantemasya Sukan Universiti Dunia (WUG) 2025 Rhine-Ruhr berlangsung sederhana namun penuh makna di Schauinsland-Reisen-Arena di sini malam tadi. Foto Bernama

Kontinjen Malaysia melangkah penuh bergaya mengenakan busana tradisional rona biru dengan lelakinya segak berbaju Melayu lengkap bersamping dan tengkolok manakala atlet wanita anggun berbaju kurung yang memperlihatkan kelembutan wanita Timur. 

Kemuncak acara apabila Menteri Buruh dan Hal Ehwal Sosial Jerman Barbel Bas mengisytiharkan kejohanan ke-32 itu dibuka dengan rasminya lalu disambut dengan tepukan gemuruh daripada penonton.

Upacara diteruskan dengan menaikkan bendera Persekutuan Sukan Universiti Antrabangsa (FISU) dan lafaz ikrar oleh atlet sebelum kawah obor rasmi dinyalakan oleh bekas atlet dan bintang sukan muda Jerman.

KONTINJEN Malaysia pada pembukaantemasya Sukan Universiti Dunia (WUG) 2025 Rhine-Ruhr berlangsung sederhana namun penuh makna di Schauinsland-Reisen-Arena di sini malam tadi. Foto Bernama

Sebanyak 19 jenis sukan dipertandingkan pada edisi kali ini dengan 235 pingat menjadi rebutan.

Malaysia, yang menyasarkan tujuh pingat tanpa mengira warna, bertanding dalam enam jenis sukan iaitu gimnastik, badminton, memanah, olahraga, renang dan taekwondo dengan keseluruhan 64 atlet mengambil bahagian.

WUG 2025 dijadual berlangsung hingga 27 Julai ini. 

–Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Penarikan diri Harimau Malaya saat akhir ganggu persiapan Piala CAFA 2025
Next: Bukan sekadar pasukan bola sepak, New Era FT bawa misi sosial

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.