Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kebersihan Lebuh Raya Pan Borneo perlu komitmen semua – Nanta
  • TEMPATAN

Kebersihan Lebuh Raya Pan Borneo perlu komitmen semua – Nanta

Utusan Sarawak 11 hours ago
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bersama tetamu kehormat lain menyertai aktiviti mengutip sampah pada Kempen Kesedaran Kebersihan Lebuh Raya Pan Borneo di Batu 19, Jalan Bintulu-Miri, hari ini.

BINTULU: Isu kebersihan di Lebuh Raya Pan Borneo bukan hanya tanggungjawab kerajaan atau agensi tertentu, sebaliknya perlu dipikul bersama oleh seluruh masyarakat, tegas Menteri Kerja Raya, Datuk Sri Alexander Nanta Linggi.

Menurut beliau, undang-undang sedia ada yang melarang pembuangan sampah merata sudah memadai untuk dikuatkuasakan termasuk oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA).

“Untuk berlaku adil, kita tidak perlukan ordinan baharu kerana peraturan anti-littering memang sudah ada. 

“Apa yang penting sekarang adalah penguatkuasaan kolektif melibatkan semua pihak, bukan hanya kerajaan pusat atau negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melancarkan Kempen Kesedaran Kebersihan Pan Borneo di Batu 19, Jalan Bintulu-Miri, hari ini.

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Dato Majang Renggi bersama para peserta mengutip sampah pada Kempen Kesedaran Kebersihan Lebuh Raya Pan Borneo di Batu 19, Jalan Bintulu-Miri, hari ini.
 

Tambah beliau, kos penguatkuasaan sepenuhnya di setiap kawasan adalah tinggi, justeru pendekatan advokasi dan kesedaran awam lebih diutamakan. 

Beliau menggesa masyarakat mengamalkan disiplin kendiri dan sikap bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan.

“Kalau kita mahu ada penguatkuasaan di setiap kawasan, kosnya sangat besar untuk negara. 

“Sebab itu kita lebih utamakan pendekatan advokasi. 

“Media juga perlu memainkan peranan mendidik orang ramai, bukan hanya menuding kelemahan pihak berkuasa,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut menghargai sumbangan syarikat swasta melalui inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang membantu sekolah serta komuniti setempat, sambil berharap lebih banyak pihak tampil menyumbang.

Turut hadir Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Dato Majang Renggi dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming.

Oleh Carolyne Utih

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Pakej ‘Percutian Khas Jururawat’ wajar diperluas ke Kuching dan Miri – Dr. Ngian
Next: Sarikei jadi tumpuan sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Sarawak 2025, 30-31 Ogos ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.