Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kebersihan dan keselamatan juadah jadi fokus Bazar Ramadan Bekenu
  • Utara
  • WILAYAH

Kebersihan dan keselamatan juadah jadi fokus Bazar Ramadan Bekenu

Utusan Sarawak 6 hours ago
RASMI… Datuk Rosey Yunus memotong riben simbolik perasmian Bazar Ramadan Bekenu Majlis Daerah Subis di RTC Bekenu hari ini.

BEKENU: Dua aspek utama, iaitu kebersihan dan keselamatan makanan, ditekankan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak, Datuk Rosey Yunus, kepada para peniaga Bazar Ramadan, khususnya sepanjang Ramadan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu berkata para peniaga perlu sentiasa memastikan makanan dan minuman yang dijual berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk dimakan bagi mengelakkan sebarang risiko kesihatan pelanggan.

“Pengendalian makanan yang betul penting untuk meggelak daripada sebarang risiko kesihatan pelanggan kita.

“Selain itu, turut ditekankan kepentingan menjaga kebersihan kawasan gerai.

“Persekitaran yang bersih dan teratur bukan sahaja memberi keselesaan kepada pengunjung, malah mampu menarik lebih ramai pelanggan untuk membeli juadah berbuka puasa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Bazar Ramadan Bekenu Majlis Daerah Subis di RTC Bekenu hari ini.

Sehubungan itu, beliau berharap semua peniaga dapat bekerjasama dalam memastikan Bazar Ramadan RTC Bekenu menjadi contoh pasar Ramadan yang bersih, selamat dan mesra pengunjung sepanjang bulan yang mulia ini.

Terdahulu, Datuk Rosey turut mengagihkan bubur kepada orang ramai sempena Program Agihan Bubur yang berlangsung dengan meriah di RTC Bekenu hasil kerjasama beberapa agensi dan pertubuhan setempat.

Dalam ucapannya, beliau menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang berganding bahu menjayakan program tersebut.

“Penganjuran program seumpama ini bukan sahaja dapat membantu meringankan beban masyarakat, malah menjadi platform mengeratkan silaturahim serta menyemai nilai keprihatinan dan semangat gotong-royong.

“Suasana harmoni jelas terpancar apabila masyarakat setempat tanpa mengira latar belakang bersama-sama menyokong program kebajikan ini,” katanya lagi.

Hadir sama ialah Pemanca Ali Mudin dan ketua-ketua masyarakat dan ketua-ketua kaum setempat.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Ops Patuh JPJ Betong periksa 98 kenderaan, pelbagai kesalahan dikesan
Next: 148 warga JKR Betong lafaz ikrar B-E-T-O-N-G perkasa integriti dan prestasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.