Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Keberanian Polis Sarawak dalam operasi tular dipuji Timbalan Pesuruhjaya Polis
  • Selatan
  • WILAYAH

Keberanian Polis Sarawak dalam operasi tular dipuji Timbalan Pesuruhjaya Polis

Utusan Sarawak 10 hours ago
DCP Saifullizan memuji keberanian Kpl. Mohd. Faizal Abdul Rahman.

KUCHING: Keberanian dan komitmen tinggi anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak dalam menahan seorang suspek yang cuba melarikan diri mendapat pujian daripada pucuk pimpinan pasukan.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, DCP Saifullizan Ishak, berkata tindakan pantas dan berani anggota terlibat, termasuk mempertaruhkan keselamatan diri ketika operasi dijalankan, mencerminkan dedikasi tinggi PDRM dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan perjumpaan dengan pegawai dan anggota yang terlibat, susulan tularnya satu rakaman video di media sosial yang memaparkan detik cemas seorang anggota polis berpaut pada sebuah kenderaan dalam usaha menahan suspek yang bertindak agresif.

TANGKAP layar video tular yang memaparkan detik cemas seorang anggota polis berpaut pada sebuah kenderaan dalam usaha menahan suspek yang bertindak agresif.

Menurutnya, keberanian anggota, termasuk mereka yang mengalami kecederaan semasa cubaan menahan suspek, menunjukkan semangat sebenar Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada serta komitmen tidak berbelah bahagi PDRM dalam memelihara keamanan negeri Sarawak.

DCP Saifullizan turut berharap kejayaan operasi itu dijadikan contoh teladan dan pemangkin semangat kepada seluruh warga PDRM untuk terus berkhidmat dengan integriti, profesionalisme dan keberanian.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum perlu miliki senarai projek pembangunan yang dilaksana dalam kawasan masing-masing
Next: Kanak-kanak OKU autisme dilapor hilang di Kampung Tembawang Sauh, Bau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.