Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kebenaran mercun Pop-Pop, Happy Boom tertakluk permit ketua polis daerah – KPN
  • NASIONAL

Kebenaran mercun Pop-Pop, Happy Boom tertakluk permit ketua polis daerah – KPN

Utusan Sarawak 2 hours ago
KETUA Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail .Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Kebenaran pemilikan dan pengimportan bunga api jenis Pop-Pop dan Happy Boom sempena Tahun Baharu Cina masih tertakluk pada permit yang dikeluarkan oleh ketua polis daerah serta pematuhan spesifikasi dan syarat ditetapkan.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dalam kenyataan berkata perihal pengimportan, penjualan, penyimpanan dan permainan mercun dan bunga api tertakluk pada peruntukan Akta Bahan Letupan 1957, Peraturan-Peraturan Bahan Letupan 1923 dan Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Beliau berkata pendekatan pengawalan yang dilaksanakan adalah atas faktor ketenteraman awam bagi memastikan keselamatan masyarakat serta mengelakkan risiko kecederaan, kebakaran dan gangguan komuniti.

Mohd Khalid berkata tindakan undang-undang boleh diambil mengikut pelbagai seksyen di bawah Akta Bahan Letupan 1957.

“Masyarakat dinasihatkan agar bermain bunga api di kawasan lapang di samping mengamalkan langkah-langkah keselamatan dan berwaspada semasa bermain bunga api agar tidak mengganggu ketenteraman awam atau mendatangkan kegusaran pada penduduk setempat,” katanya.

Beliau turut menggesa orang ramai agar mematuhi prinsip kedaulatan undang-undang dalam memastikan sambutan Tahun Baharu Cina harmoni dan selamat.- Bernama

Continue Reading

Previous: JSPT cadang pemasangan kamera papan pemuka pada kereta polis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.