Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • KEBB pacu aktiviti industri rumbia tempatan
  • BISNES

KEBB pacu aktiviti industri rumbia tempatan

Utusan Sarawak 4 years ago

DALAT: Persatuan Pekebun Kecil Rumbia Daerah Dalat (PPKRD) telah mengembangkan sayapnya dengan penubuhan sebuah koperasi.

Koperasi yang ditubuhkan pada bulan Jun 2020 itu telah diberi nama Koperasi Emas Balau Berhad (KEBB) sesuai dengan sumbangan komoditi itu buat masyarakat tempatan.

Ia akan dipertanggungjawabkan untuk mengurus prihal dengan aktiviti-aktiviti ekonomi secara kolektif yang berkaitan dengan rumbia atau Balau dalam dialek Melanau tempatan.

Pengerusi PPKRD Benedict Pon Akie yang mendedahkannya kepada Utusan Sarawak pada hari Khamis menyatakan koperasi itu diketuai oleh penduduk tempatan yang juga cukup masak berkaitan rumbia.

“Pengerusi KEBB ialah Francis Uling yang sememanya juga sangat arif tentang industri rumbia atau sagu ini. Dan saya percaya beliau mampu memimpin koperasi yang baharu ini dengan cukup baik sambil dibantu oleh ahli-ahli koperasi,” tambahnya lagi.

Adalah difahamkan ahli-ahli setakat ini adalah dikalangan pekebun-pekebun kecil menyertai PPKRD yang merupakan badan induknya.

Justeru, beliau menyatakan pihak mereka sering terbuka dan mengalu-alukan idea bernas daripada pelbagai pihak dan individu yang ikhlas ingin meletak dan memertabatkan industri tertua di kawasan ini itu di tahap yang setinggi mungkin.

“Maka, saya harap dengan penubuhan koperasi ini adalah satu langkah ke arah itu  dan bersama-sama untuk membangunkan industri balau (rumbia) ke tahap yang kita semua harapkan. Kita memberi nama ‘Emas’ kepada koperasi itu kerana sumbangan komoditi ini terhadap penduduk tempatan memang tak ternilai harganya dan ia bukan hanya ‘the Golden Crop’ pada masa depan dan malah dari dahulu lagi,” ujarnya.

Tambah Pon lagi, pihaknya juga telah menyediakan borang-borang bagi mereka yang berminat untuk menjadi ahli koperasi itu.

Oleh HENRY B SIYU

Continue Reading

Previous: Tumpukan tangani krisis kesihatan, ekonomi
Next: Geran Agropreneur Muda dibuka semalam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.