
SIBU: Menjelang mesyuarat agung (AGM) Persatuan Bekas Pelajar SMK Sacred Heart (SHOSA) pada 2026, bakal menyaksikan kebangkitan pemimpin dari tahun 90-an dan 20-an untuk meneruskan tradisi kebanggaan persatuan itu dengan tenaga yang diperbaharui.
Presidennya, Penghulu Yong King Sung berkata, peralihan ini menandakan detik penting dalam sejarah SHOSA kerana ia bersedia untuk menerima perspektif baharu sambil mengekalkan nilai terasnya.
“Oleh itu, saya menggesa semua Knights of SHOSA untuk terus menyokong sekolah dan memberi kembali kepada masyarakat.
“Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menegakkan nilai Sacred Heart yang telah diterapkan dalam diri kita. Kita mesti menyokong generasi muda Knights, membimbing mereka untuk kepimpinan dengan semangat dan dedikasi yang sama seperti pendahulu kita,” katanya pada ucapan perasmian GM SHOSA sebelum majlis makan malam reunion di salah sebuah hotel terkemuka, di sini malam tadi.
Yong menekankan keperluan untuk peralihan generasi dalam kepimpinan.
“Selama dua dekad yang lalu, Knights dari 1980-an telah menerajui SHOSA, termasuk YB Senator Robert Lau (Kelas ’82), Datu Hii Chang Kee (Kelas ’85), dan saya sendiri (Penghulu Yong Kelas ’85).
“Menerusi 20 tahun pengawasan daripada Knights 80-an, kini tiba masanya untuk era baharu. Tema untuk malam ini—’Age of Knights: Rise of the 90s’—adalah mercu tanda perubahan,” katanya.
Beliau berkata, setiap bekas pelajar Sekolah Sacred Heart membawa gelaran SHOSA, melambangkan tugas sepanjang hayat kepada sekolah itu.
“Gelaran itu bukan sekadar gelaran kehormatan, ia adalah panggilan untuk bertugas, berkhidmat, melindungi, dan memberi kembali.
“Ikatan yang dikongsi Knights of SHOSA melangkaui masa dan geografi, mewujudkan persaudaraan yang tidak berbelah bahagi yang komited terhadap kesejahteraan sekolah,” tegasnya.
Yong percaya bahawa semua Knights of SHOSA, masa kini dan akan datang akan terus menjunjung tradisi kecemerlangan, perkhidmatan, dan kesetiaan kepada Sekolah, memastikan legasinya kekal untuk generasi akan datang.
“Kekuatan SHOSA terletak pada kuasa kolektif ahli-ahlinya dan persatuan itu berkembang pesat pada perpaduan, kemurahan hati, dan dedikasi Knights yang memahami bahawa Sekolah Sacred Heart adalah lebih daripada sekadar sebuah institusi—ia adalah sebuah keluarga, warisan, dan mercu tanda kecemerlangan,” katanya.
Beliau menekankan bahawa institusi itu bukan sahaja menyampaikan ilmu akademik tetapi juga telah memupuk nilai-nilai disiplin, hormat-menghormati dan komitmen yang tidak berbelah bagi kepada kecemerlangan kepada pelajarnya.
“Guru kami membentuk watak kami. Mereka mengajar kami untuk berusaha dengan matlamat, memimpin dengan integriti, dan tidak gentar dalam menghadapi cabaran,” katanya.
Yong turut menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru, dahulu dan sekarang dengan dedikasi mereka yang telah memainkan peranan penting dalam membentuk generasi Knights.
Oleh Akun Giman