
DARO: Kebakaran semak dan rumput kering juga berlaku di antara Kampung Saai dan Kampung Kut di sini.
Walaupun api tidak lagi marak, kepulan asap masih kelihatan petang tadi yang mungkin disebabkan tanah gambut.
Belum diketahui punca sebenar kebakaran tetapi dalam keadaan cuaca kering dan panas sekarang, kebakaran mudah berlaku sama ada pembakaran terbuka secara sengaja atau tidak.
Satu lagi tompokan kebakaran terbuka kelihatan di tepi jalan Sarikei-Tanjung Manis selepas Jambatan Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang.