Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kebakaran tapak pelupusan sampah Sarikei berlarutan lima hari
  • KEBAKARAN

Kebakaran tapak pelupusan sampah Sarikei berlarutan lima hari

Utusan Sarawak 11 hours ago
KEBAKARAN SAMPAH….Kebakaran sampah di berulang di hari kelima di tapak pelupusan MDS, Jalan Selalang semalam. Foto BBP Sarikei 

SARIKEI: Usaha berterusan masih dijalankan untuk memadamkan kebakaran sampah berulang di hari kelima di tapak pelupusan sampah Majlis Daerah Sarikei (MDS), Jalan Selalang semalam. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik berkata operasi pemadaman dijalankan pihaknya bermula 10.29 pagi. 

“Sampai di lokasi, pasukan bomba membuat pemantauan di kawasan longgokan sampah dan didapati keadaan selamat serta tidak berlaku kemerebakan. 

“Antara masalah yang dihadapi oleh pasukan bomba di lokasi adalah pili bomba jauh dan tekanan rendah, keadaan di lokasi dipenuhi lalat, bau busuk dan dipenuhi asap. 

“Selain itu, sampah tebal dan telah terbakar bahagian bawah,” katanya ketika dihubungi malam tadi. 

Katanya, di lokasi kebakaran sampah tersebut tiada sumber air terbuka serta masih terdapat pembuangan sampah baharu di lokasi. 

“Liputan Gerakan Integrasi Nasional (GIRN) dan telefon juga kurang memuaskan di kawasan tersebut.

“Operasi pemadaman sampah ditangguhkan pada 2.00 petang,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kebakaran rumah dua tingkat di Taman Tunku, tiada kecederaan
Next: 3 rumah teres musnah dalam kebakaran di Desa Ilmu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.