Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kebakaran tapak pelupusan sampah di Kampung Jerijeh berjaya dipadamkan
  • KEBAKARAN

Kebakaran tapak pelupusan sampah di Kampung Jerijeh berjaya dipadamkan

Utusan Sarawak 1 day ago

BERJAYA DIPADAMKAM… Kebakaran sampah di tapak pelupusan sampah di Kampung Jerijeh, Belawai berjaya dipadamkan oleh pihak bomba, petang semalam. Foto PGO Bomba Sarawak

TANJUNG MANIS: Kebakaran di tapak pelupusan sampah Kampung Jerijeh, Belawai berjaya dipadamkan sepenuhnya pada petang semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memaklumkan, kejadian itu melibatkan kawasan seluas kira-kira 300×400 kaki persegi.

“Pada hari kedua operasi, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Manis yang diketuai oleh Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) Adam Gaok, berjaya memadamkan kebakaran tersebut,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Menurutnya, pasukan bomba menggunakan satu unit pam angkut, dua aliran hos sepanjang 400 kaki, dua nozel, satu alat ‘breaching’, serta sumber air dari kolam berhampiran bagi menjalankan operasi pemadaman sehingga api berjaya dikawal dan dipadam sepenuhnya.

Beliau turut memaklumkan bahawa keadaan cuaca hujan banyak membantu melancarkan usaha pemadaman.
“Operasi pemadaman selesai sepenuhnya pada 2.30 petang,” tambahnya.

Oleh Earl Anek

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Tiada mangsa cedera dalam kebakaran bilik di bangunan kedai di Taman Bumiko
Next: Hilux terbakar, penumpang selamat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.