Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kebakaran tangki simpanan minyak sawit di Kota Samarahan berjaya dikawal
  • KEBAKARAN

Kebakaran tangki simpanan minyak sawit di Kota Samarahan berjaya dikawal

Utusan Sarawak 2 hours ago
KEADAAN kebakaran yang melibatkan tangki simpanan minyak sawit di Kilang Sawit Engsengei, petang tadi. Foto BBP Kota Samarahan

KOTA SAMARAHAN: Kebakaran melibatkan tangki simpanan minyak sawit di Kilang Sawit Engsengei di sini berjaya dikawal sepenuhnya petang tadi tanpa melibatkan sebarang mangsa.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 1.22 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan digerakkan ke lokasi sejauh kira-kira 40 kilometer (km).

OPERASI pihak bomba memadamkan kebakaran yang melibatkan tangki simpanan minyak sawit di Kilang Sawit Engsengei, petang tadi. Foto BBP Kota Samarahan

“Jentera bomba tiba di tempat kejadian pada 2.03 petang dan mendapati kebakaran berlaku di bahagian dalam tangka simpanan bernombor tiga setinggi kira-kira 50 kaki yang dipercayai masih mengandungi sisa minyak sawit.

“Kebakaran berkenaan telah berjaya dipadamkan lebih awal oleh Pasukan Tindak Balas Kecemasan (ERT) kilang menggunakan satu unit pili bomba bertekanan tinggi dengan satu muncung sebelum ketibaan pasukan bomba.

“Pasukan bomba seterusnya menjalankan kerja-kerja pemeriksaan menyeluruh bagi memastikan api benar-benar padam sepenuhnya dan tidak berlaku kebakaran berulang,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

OPERASI pihak bomba memadamkan kebakaran yang melibatkan tangki simpanan minyak sawit di Kilang Sawit Engsengei, petang tadi. Foto BBP Kota Samarahan

Mengulas lanjut, operasi diketuai oleh Komander Operasi Kanan, PBK I Gilbert Majem, manakala Pegawai Kanan di lokasi ialah TPgB II Christian Olas.

“Seramai enam anggota bomba bersama jentera FRT terlibat dalam operasi tersebut. 

“Tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan dalam kejadian dan kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya dan operasi tamat selepas keadaan disahkan selamat,” ujarnya.

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Tindakan pantas pekerja selamatkan dua tangki bitumen daripada terbakar di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.