Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kebakaran tanah gambut Kuala Tatau hampir pulih, 96 peratus berjaya dipadam pada hari ke-10 operasi
  • KEBAKARAN

Kebakaran tanah gambut Kuala Tatau hampir pulih, 96 peratus berjaya dipadam pada hari ke-10 operasi

Utusan Sarawak 4 hours ago
ANGGOTA bomba giat menjalankan pemadaman serta pemantauan bagi mengelakkan kebakaran tanah gambut berulang di Kuala Tatau Serupai.

TATAU: Kebakaran tanah gambut di Kuala Tatau Serupai di sini dilaporkan hampir pulih sepenuhnya apabila 96 peratus daripada keseluruhan kawasan terjejas berjaya dipadam setakat hari ke-10 operasi pemadaman, hari ini.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, daripada keseluruhan 300 hektar kawasan terjejas, sebanyak 288 hektar telah berjaya dipadam manakala baki 12 hektar masih dalam tindakan.

“Keadaan keseluruhan kebakaran adalah terkawal hasil pemantauan berterusan di sekitar kawasan ladang dan hutan berhampiran.

“Bagaimanapun, masih terdapat kepulan asap dikesan di beberapa lokasi yang memerlukan tindakan lanjut bagi memastikan api tidak merebak semula,” katanya.

ANGGOTA bomba giat menjalankan pemadaman serta pemantauan bagi mengelakkan kebakaran tanah gambut berulang di Kuala Tatau Serupai.

Operasi pemadaman diteruskan dengan dua pasukan digerakkan ke lokasi berbeza termasuk kawasan berhampiran rumah burung kira-kira empat kilometer dari Pusat Kawalan Bomba (PKB) susulan pengesanan asap di kawasan hutan.

Selain itu, pasukan kedua ditempatkan di bahagian hadapan PKB bagi melaksanakan kerja pencegahan kebakaran berulang berikutan faktor angin yang boleh mencetuskan semula api.

Operasi melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau dengan bantuan BBP Bintulu, BBP Kidurong dan BBP Samalaju serta sokongan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Pasukan bomba turut menjalankan pemantauan berterusan bagi memastikan tiada sisa kebakaran yang boleh mencetuskan api baharu, khususnya di kawasan tanah gambut.

Operasi pemadaman masih diteruskan sehingga kebakaran dipastikan padam sepenuhnya.

Continue Reading

Previous: Kenderaan pacuan empat roda terbakar 50 peratus di Jalan Nyelong Bypass

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.