Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kebakaran semak di Jalan Utama Kemuyang berjaya dikawal
  • KEBAKARAN

Kebakaran semak di Jalan Utama Kemuyang berjaya dikawal

Utusan Sarawak 8 hours ago
KEADAAN kebakaran semak dan rumput kering di Jalan utama Kemuyang dari udara. (Kredit foto: APM)

SIBU: Kebakaran semak dan rumput kering di Jalan Utama Kemuyang di sini petang semalam (26 Mac) berjaya dikawal dengan pantas oleh pasukan bomba dengan bantuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Pegawai Pertahanan Awam Malaysia Daerah Sibu, Mejar (PA) Mohd Reduan Aini berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian itu daripada orang awam sekitar jam 5.30 petang, sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi.

KEADAAN kebakaran semak dan rumput kering di Jalan utama Kemuyang dari udara. (Kredit foto: APM)

“Anggota APM bergerak ke lokasi pada jam 6.30 petang dan tiba sekitar 16 minit kemudian untuk membuat tinjauan serta membantu operasi pemadaman,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kebakaran tersebut hanya melibatkan kawasan semak dan rumput kering tanpa membabitkan sebarang struktur atau kecederaan.

Menurutnya, seramai tiga anggota APM bersama 16 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terlibat dalam operasi berkenaan.

“Api berjaya dikawal sepenuhnya oleh pihak bomba dengan bantuan APM, dan keadaan di lokasi didapati selamat serta terkawal,” katanya.

Oleh Tarani Lanting

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Operasi bersepadu dipergiat, 50 anggota kawal kebakaran belukar di Sibu
Next: Kebakaran rumah teres dua tingkat di Taman Seng Goon, tiada mangsa dilaporkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.