

KEBAKARAN…. Anggota bomba bertugas menjalankan pemadaman kebakaran sampah di simpang Skim B, semalam. Foto BBP Sarikei
SARIKEI: Kebakaran sampah telah berlaku di tempat pembuangan sampah di simpang Skim B.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik, panggilan kecemasan diterima oleh pihaknya pada 11.20 pagi semalam.
“Sepasukan bomba diketuai oleh komander operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Alffian bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan.
“Sampai di lokasi, didapati kebakaran sampah sedang berlaku di luar tong sampah besar,” katanya ketika dihubungi.
Tambahnya, pemadaman kebakaran sampah dijalankan menggunakan satu aliran kekili hos.
“Kebakaran sampah berjaya dipadamkan dalam tempoh lebih kurang enam minit. Operasi pemadaman kebakaran selesai sepenuhnya pada 11.34 pagi,” katanya.
Oleh Earl Anek