

MIRI: Kebakaran rumput di Jalan Perlis 3 di sini berjaya dipadamkan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong petang tadi.
Ketua Balai, Henry Jugah, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.44 tengah hari dan jentera bersama enam anggota segera dikerahkan ke lokasi.
“Setibanya di tempat kejadian, kebakaran melibatkan anggaran 2.17 hektar. Pasukan bertindak menggunakan dua pemerap api serta satu aliran hos 100 kaki untuk memadam kebakaran sehingga terkawal sepenuhnya,” katanya menerusi satu kenyataan tadi.
Operasi tamat sepenuhnya pada 2.11 petang.
Orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dan segera melaporkan sebarang kebakaran terbuka bagi mengelakkan risiko lebih besar.
Oleh Liong Chai Ling