Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kebakaran rumput di Bukit Melot berjaya dikawal pasukan bomba
  • KEBAKARAN

Kebakaran rumput di Bukit Melot berjaya dikawal pasukan bomba

Utusan Sarawak 10 hours ago
PADAM KEBAKARAN…. Anggota bomba memadam kebakaran rumput di kawasan perumahan Bukit Melot. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Tindakan pantas pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor berjaya memadam kebakaran rumput seluas kira-kira 0.8 hektar di kawasan perumahan Bukit Melot petang semalam.

Ketua BBP Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.37 petang dan bergegas ke lokasi. 

“Seramai lima anggota bomba diketuai oleh komander operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Bakar Ujang telah digerakkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, didapati kebakaran melibatkan kawasan rumput seluas kira-kira kira-kira 0.8 hektar berhampiran kawasan perumahan,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Katanya, operasi pemadaman dilakukan menggunakan kekili hos dan alat pemukul api bagi mengawal api daripada merebak ke kawasan berhampiran.

“Api berjaya dipadamkan dalam tempoh lebih kurang 58 minit. 

“Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya dan operasi tamat sekitar 3.40 petang,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kereta jenis saloon terbakar berhampiran Majma Mall
Next: Kebakaran musnahkan lapan bilik sewa di belakang bangunan Marzuki

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.