
MIRI: Rumah di Jalan Lintang 1, Taman Tunku terbakar pagi tadi.
Menurut jurucakap dari Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu 5.58 pagi.
Susulan itu, katanya pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral bergegas ke lokasi dengan turut dibantu BBP Lopeng.

“Kebakaran rumah dua tingkat jenis kekal telah terbakar di ruang tamu rumah.
“Anggaran kebakaran 50 peratus dan kebakaran tidak melibatkan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan pagi tadi.
Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak forensik bomba.
Oleh Liong Chai Ling