Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kebakaran rumah dua tingkat di Batu Lintang, 50 peratus musnah
  • KEBAKARAN

Kebakaran rumah dua tingkat di Batu Lintang, 50 peratus musnah

Utusan Sarawak 5 hours ago

ANGGOTA bomba giat memadam kebakaran rumah dua tingkat di Batu Lintang.

BATU LINTANG: Satu kebakaran melibatkan sebuah rumah semi teres dua tingkat dilaporkan berlaku di Jalan Batu Bata off Jalan Road di sini, hari ini.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Sarawak, jentera bomba tiba di lokasi dalam tempoh lima minit, iaitu pada 10.35 pagi, dengan jarak kira-kira tiga kilometer dari balai. 

Kebakaran bermula di tingkat atas rumah berkeluasan 40×50 kaki persegi, yang mengakibatkan kemusnahan kira-kira 50 peratus.

Operasi pemadaman masih giat dijalankan oleh anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang serta balai bantuan BBP Tabuan Jaya.

Pasukan diketuai oleh TPgB II Ketua Balai Bomba Batu Lintang, Mohamad Raffy Saibi dengan penyelia pasukan PBK I Rahman Deni.

Seramai 16 anggota bersama 1 jentera FRT, 1 jentera CFRT dan 1 jentera EMRS digerakkan ke lokasi bagi mengawal dan memadam kebakaran. 

Polis turut dikerahkan bagi membantu kawalan keselamatan di kawasan kejadian.

Pusat Gerakan Operasi Sarawak memaklumkan maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Asap dari enjin, Mazda 4WD musnah terbakar di Batu Niah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.