
SERIAN: Rumah dua tingkat yang dibina daripada gabungan kayu dan konkrit terlibat dalam satu kejadian kebakaran di Jalan Kemayau, Kampung Kemayau, di sini, petang tadi.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan kecemasan pada 5.21 petang dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian digerakkan ke lokasi kira-kira 4 kilometer dari balai.
Kebakaran melibatkan kabinet televisyen di ruang tengah rumah dengan anggaran kemusnahan sekitar lima peratus daripada keseluruhan struktur berkeluasan 50 kaki x 50 kaki.
Operasi pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula serta sumber air daripada pam jentera.
Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada 5.31 petang dan operasi ditamatkan pada 5.50 petang selepas kerja-kerja pembersihan menyeluruh dijalankan bagi memastikan tiada punca api dan asap.
Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian ini.