Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kebakaran Pejabat Tanah dan Survei Kuching berjaya dikawal JBPM
  • KEBAKARAN

Kebakaran Pejabat Tanah dan Survei Kuching berjaya dikawal JBPM

Utusan Sarawak 6 days ago

KEADAAN kebakaran melibatkan pejabat Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Kuching, Jalan Badruddin, awal pagi.

KUCHING: Satu kebakaran melibatkan pejabat Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Kuching, Jalan Badruddin, awal pagi tadi berjaya dikawal sepenuhnya oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Menurut jurucakap JBPM Sarawak, panggilan kecemasan diterima pada 1.46 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang bersama bantuan dari BBP Padungan bergegas ke lokasi.

Pasukan tiba hanya empat minit kemudian pada 1.50 pagi.

Komander Operasi, PBK II TBBK I Wan Zakaria Wan Mos memaklumkan kebakaran berpunca daripada perkakas elektrik di bilik pejabat cawangan pendaftaran tanah di aras bawah bangunan tiga tingkat tersebut.

“Kebakaran melibatkan kira-kira 10 peratus kawasan pejabat dengan kerosakan berpunca daripada air dan asap.

“Pasukan bertindak melakukan pemadaman secara ofensif menggunakan dua aliran salur bantu mula daripada pam jentera sehingga api padam sepenuhnya,” jelasnya.

Tambah beliau, operasi dikawal pada 2.59 pagi dan ditamatkan sepenuhnya pada 3.03 pagi. Tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian ini.

Seramai 18 anggota bersama dua jentera FRT, sebuah EMRS dan dua unit RIM terlibat dalam operasi tersebut. Punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Oleh Norman B

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Empat rumah musnah dalam kebakaran di Taman Indah Landeh Siburan
Next: Dua rumah musnah dalam kebakaran awal pagi di Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.