Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kebakaran Musnahkan Sebuah Rumah di Kampung Baru, Kapit
  • KEBAKARAN

Kebakaran Musnahkan Sebuah Rumah di Kampung Baru, Kapit

Utusan Sarawak 6 hours ago
BOMBA menjalankan operasi mengawal dan memadam kebakaran rumah di Kampung Baru, Jalan Abang Sulaihi, di sini tengah malam tadi. Foto PGO Bomba Sarawak

KAPIT: Sebuah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Baru, Jalan Abang Sulaihi, di sini tengah malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memberitahu, sepasukan lapan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada 12.50 tengah malam.

“Komander Operasi melaporkan, kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis struktur separuh kekal sedang terbakar 100 peratus dan telah merebak ke bahagian bumbung surau bersebelahan 20 peratus terbakar,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Katanya, pihak bomba membuat kerja-kerja pemadaman dengan menggunakan satu aliran 200 kaki, dua nozel, air daripada pili bomba.

“Kebakaran tiada melibatkan mangsa, punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan. Operasi mengawal dan memadam kebakaran tamat pada jam 2.56 pagi,” ujarnya.

Oleh Akun Giman

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Rumah dua tingkat terbakar di Jalan Teku, enam penghuni selamat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.