Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kebakaran musnahkan sebuah kediaman di Kampung Wawasan Rajawali
  • KEBAKARAN

Kebakaran musnahkan sebuah kediaman di Kampung Wawasan Rajawali

Utusan Sarawak 11 hours ago

ANGGOTA bomba berusaha memadam api kebakaran melibatkan sebuah rumah di Kampung Wawasan Rajawali, Jalan Bintulu–Miri, malam tadi. Foto JBPM

BINTULU: Sebuah kediaman di Kampung Wawasan Rajawali, Jalan Bintulu–Miri musnah sepenuhnya dalam kebakaran malam tadi.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 7.23 malam.

Susulan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Samalaju digerakkan ke lokasi yang terletak sejauh 31 kilometer dari balai.

“Setibanya di lokasi, pasukan mendapati rumah berstruktur tidak kekal berkeluasan 30×30 kaki persegi telah terbakar 100 peratus.

“Pasukan bomba melaksanakan pemadaman menggunakan satu aliran, 300 kaki hos dan dua muncung hos  dengan sumber air daripada tangki jentera,” katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terlibat kerana semua empat penghuni rumah tiada di rumah semasa kejadian.

Operasi pemadaman ditamatkan sepenuhnya pada 8.50 malam selepas keadaan berjaya dikawal.

Difahamkan, anggota di lokasi menghadapi beberapa masalah, antaranya, ketiadaan pili bomba berhampiran, tiada sumber air terbuka serta liputan talian telefon yang kurang memuaskan.

Oleh Carolyne Utih

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Rumah tidak berpenghuni musnah terbakar di Petra Jaya
Next: Dua stor musnah dalam kebakaran di Jalan Ulu Sungai Dijih

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.