
ASAJAYA: Sebuah bangunan kerajaan yang menempatkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Pusat Internet) di Kampung Semera di sini musnah sebahagian dalam kebakaran pagi tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.09 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Asajaya digerakkan ke lokasi.



“Kebakaran melibatkan bangunan jenis kekal berkeluasan 30×30 kaki persegi dan didapati terbakar 40 peratus.
“Bagaimanapun, tiada operasi pemadaman dijalankan kerana api telah padam sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden tersebut.
Menurutnya, berdasarkan keterangan saksi, kejadian disertai dengan bunyi letupan dari dalam premis berkenaan.
Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
Oleh Amanda L.