Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kebakaran musnahkan rumah di Jalan Sawmill Sebuyau
  • KEBAKARAN

Kebakaran musnahkan rumah di Jalan Sawmill Sebuyau

Utusan Sarawak 2 days ago
KEJADIAN kebakaran yang berlaku di Jalan Sawmill, Sebuyau mengakibatkan rumah musnah sepenuhnya, hari ini. Foto PGO Bomba Sarawak

SEBUYAU: Rumah musnah sepenuhnya dalam kebakaran yang berlaku di Jalan Sawmill hari ini, namun tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan, Nazari Haron berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.10 petang sebelum jentera penyelamat dikerahkan ke lokasi, sejauh kira-kira 60 kilometer dari balai.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi pada 3.14 petang, didapati rumah simen telah terbakar 100 peratus. 

“Anggota segera menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran sepanjang 200 kaki dengan satu nozel serta sumber air daripada jentera dan pili bomba berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

KEJADIAN kebakaran yang berlaku di Jalan Sawmill, Sebuyau mengakibatkan rumah musnah sepenuhnya, hari ini. Foto PGO Bomba Sarawak

Kebakaran berjaya dikawal pada 3.20 petang sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada 4.30 petang selepas kerja-kerja pembersihan dan pemeriksaan keselamatan dilakukan.

Beliau turut mengesahkan bahawa semua penghuni rumah sempat menyelamatkan diri sebelum api marak, sekali gus mengelakkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

Seramai lapan anggota BBP Simunjan terlibat dalam operasi ini, diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan I, Awang Johari, dengan bantuan satu jentera LFRT dan sebuah pacuan empat roda. Turut hadir di lokasi ialah anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Sebuyau.

KEJADIAN kebakaran yang berlaku di Jalan Sawmill, Sebuyau mengakibatkan rumah musnah sepenuhnya, hari ini. Foto PGO Bomba Sarawak

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan pihak bomba. Nazari menasihati orang ramai supaya sentiasa memastikan keselamatan elektrik dan api dipantau, terutama di kawasan kediaman.

Oleh Adi Safarman

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Bilik sewa terbakar di Padawan, tiada kecederaan dilaporkan
Next: Bilik sewa atas kedai 7-Eleven terbakar di Semariang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.