Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kebakaran musnahkan lapan bilik sewa di belakang bangunan Marzuki
  • KEBAKARAN

Kebakaran musnahkan lapan bilik sewa di belakang bangunan Marzuki

Utusan Sarawak 10 hours ago
KEBAKARAN tingkat dua sebuah sublot kedai belakang bangunan Marzuki, di Petra Jaya.

PETRA JAYA: Sebanyak lapan bilik sewa musnah dalam kebakaran yang berlaku di tingkat dua sebuah sublot kedai belakang bangunan Marzuki, di sini hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 3.00 petang.

“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dengan bantuan BBP Padungan bergegas ke lokasi sejauh tujuh kilometer, dan tiba pada 3.07 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, kebakaran melibatkan bangunan tingkat dua yang digunakan sebagai bilik sewa dan memusnahkan keseluruhan lapan bilik.

“Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan dua aliran sepanjang 300 kaki dan satu nozel melalui kaedah offensive (direct attack) dari dalam bangunan, manakala satu lagi pasukan menjalankan kaedah defensive dari luar menggunakan satu aliran satu nozel.

“Kebakaran berjaya dikawal pada 3.36 petang, dan kerja-kerja pemantauan serta pemadaman sisa sedang dijalankan ketika laporan ini diterima.

Seramai 12 penghuni dilaporkan berada di bangunan tersebut ketika kejadian, terdiri daripada enam lelaki dewasa, tiga perempuan dewasa dan tiga kanak-kanak dan kesemuanya selamat.

Operasi diketuai oleh PBK II Asmadi Mohamad Nawie bersama 15 anggota, menggunakan dua jentera FRT dan satu unit EMRS.

Oleh Masrin Affirah

Continue Reading

Previous: Kebakaran rumput di Bukit Melot berjaya dikawal pasukan bomba
Next: Stor penyimpanan perabot di Taman Muhibbah terbakar 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.