Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kebakaran musnahkan kawasan paya terbesar di Brazil
  • GLOBAL

Kebakaran musnahkan kawasan paya terbesar di Brazil

Utusan Sarawak 5 years ago

BRAZIL-PANTANAL-ENVIRONMENT-FIRE

KEBAKARAN TERBURUK…Pandangan udara menunjukkan asap dari kebakaran di tanah basah Pantanal di Jalan Taman Transpantaneira di negeri Mato Grosso, Brazil pada 14 September 2020. Pantanal, wilayah yang terkenal dengan hidupan liarnya, mengalami kebakaran terburuk dalam lebih dari 47 tahun, memusnahkan kawasan tumbuh-tumbuhan yang luas dan menyebabkan kematian haiwan yang terperangkap dalam kebakaran atau asap.• Foto AFP

BOGOTA: Kebakaran yang berlaku di tanah paya di tengah Brazil, menyebabkan banyak kemusnahan di kawasan yang dianggap sebagai syurga biodiversiti itu, lapor Agensi Anadolu.

Hampir 12 peratus tanah paya tropika terbesar di dunia itu musnah, sekali gus mengganggu ekosistem di kawasan berkenaan.

Menurut pihak berkuasa kebakaran dikatakan berpunca akibat aktiviti pembersihan kawasan tanah oleh penternak dan petani, keadaan diburukkan lagi dengan kemarau, yang disifatkan terburuk pernah melanda dalam tempoh 47 tahun.

Hutan meliputi wilayah Bolivia dan Paraguay itu merupakan kawasan untuk kira-kira 1,200 haiwan vertebrata, termasuk 36 spesies yang semakin terancam. Wilayah ini juga dihuni burung langka dan populasi jaguar, paling padat di dunia.

Menurut saintis anggaran kerugian sukar dipastikan. Institut Penyelidikan Angkasa Kebangsaan melaporkan dari Januari hingga September, 14,764 kebakaran berlaku di kawasan flora dan fauna di Brazil, peningkatan 214 peratus dari tempoh sama pada 2019.

Aktiviti penebangan hutan memburukkan lagi keadaan dan aktivis alam sekitar menyalahkan Presiden Jair Bolsonaro kerana menggalakkan campur tangan di kawasan pemuliharaan itu. – AFP

Continue Reading

Previous: Ujian vaksin Covid-19 AstraZeneca ditangguhkan
Next: AS sekat beberapa barangan import dari China

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.