Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kebakaran musnahkan 50 peratus rumah di Taman Satria Jaya
  • KEBAKARAN

Kebakaran musnahkan 50 peratus rumah di Taman Satria Jaya

Utusan Sarawak 5 hours ago
KEADAAN kebakaran rumah dua tingkat di BDC.

KUCHING: Sebuah rumah dua tingkat di Taman Satria Jaya, BDC, musnah sebanyak 50 peratus dalam kejadian kebakaran awal pagi tadi. Namun, tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya menghalang api daripada merebak ke kediaman berdekatan.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi JBPM Sarawak, panggilan kecemasan diterima pada 12.02 tengah malam sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya serta BBP Batu Lintang digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari balai.

“Kedatangan jentera pertama direkodkan pada 12.15 pagi dan operasi berjaya dikawal pada 12.38 pagi sebelum tamat sepenuhnya pada 2.25 pagi.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah berstruktur kekal berkeluasan 40 x 40 kaki, dengan kemusnahan kira-kira separuh daripada keseluruhan bangunan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Mengulas lanjut, anggota menggunakan teknik bertahan dan menyerang dengan dua aliran sepanjang 300 kaki serta tiga nozel untuk memadamkan kebakaran. 

“Tiada mangsa terlibat dan tiada kecederaan dilaporkan,” katanya.

“Dua kenderaan jenis Perodua Aruz dan Perodua Kenari di premis tersebut musnah 100 peratus akibat kebakaran.

“Operasi diketuai Komander Operasi Kanan, PPgB Deday Kipli turut melibatkan 16 anggota termasuk PBKI Syed Mohd Imran dengan bantuan tiga jenis jentera iaitu satu FRT, satu CFRT dan satu EMRS,” jelasnya.

Tambahnya, jumlah penghuni rumah adalah dua orang dan semua berjaya menyelamatkan diri sebelum api merebak.

Oleh Masrin Affirah

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Sekurang-kurangnya 13 maut, kebakaran besar di 7 blok pangsapuri di Hong Kong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.